in

PKPB Mukim Klang: Surat Pengesahan Majikan Tak Cukup, Rakyat Bekerja Luar Daerah Kena Dapat Kebenaran Polis

Mukim Klang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mukim Klang kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula tengah malam tadi. Menurut MalaysiaGazette, bagi mana-mana penduduk di mukim itu yang bekerja di luar daerah, tidak memadai bagi mereka sekadar menunjukkan surat pengesahan majikan.


Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, mereka sebaliknya perlu memohon kebenaran daripada pihak polis sekiranya mahu merentas kawasan sepanjang tempoh 14 hari PKPB dilaksanakan.

Surat kebenaran atau pengesahan bekerja daripada majikan masing-masing tidak memadai untuk memastikan mereka berada di dalam kategori perkhidmatan perlu (essential services).

Mukim1

Surat kebenaran majikan kena ada menunjukkan dia bekerja dengan siapa dan menunjukkan ini dia perkhidmatan perlu atau sebaliknya.”

Kalau nak keluar dia kena dapatkan kebenaran daripada pihak kami dan dapat menunjukkan bukti-bukti mereka bertugas khususnya perkhidmatan perlu.”

Sebanyak dua sekatan jalan raya dan penutupan jalan di Klang akan dilakukan iaitu:

Sekatan jalan raya

  • Bukit Tinggi Klang di Persiaran Pegaga dan Jalan Kim Chuan
  • Taman Sri Andalas Klang membabitkan persimpangan masuk dan keluar Jalan Tun Dr Ismail

Penutupan jalan

  • Jalan Batu Unjur 9
  • Jalan berhadapan Masjid Ar-Rahimiah
  • Jalan Sri Siantan
  • Jalan Sri Siantan 41
  • Jalan Sri Damak 53

Mukim2

Justeru itu, pihak polis akan mendirikan pondok khas berdekatan kawalan pergerakan bagi memudahkan penduduk yang berada dalam lingkungan kawasan sekatan jalan raya membuat permohonan rentas daerah tersebut.

Baca: PKPB Bukan Di Daerah Klang, Tetapi Mukim Klang – Ismail Sabri

Fw1084237 Ptj08 03102020 Pc Lpr 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.