in

“Kalau sayang duit ikut SOP” – Tular Gambar Individu Disaman RM10,000 Kerana Gagal Imbas Kod QR MySejahtera

Denda 10K Yalls

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti semua sedia maklum, pihak polis kini telah diberi kuasa untuk mengeluarkan kompaun RM10,000 kepada individu yang langgar SOP bermula semalam.

Antara yang telah dikenakan kompaun RM10,000 tersebut ialah seorang individu yang katanya telah mengunjungi sebuah restoran di Bukit Jalil.


159233227 1840884059422629 6810620201118784724 N

Menurut surat saman individu terbabit yang kini tular di Facebook, dia telah dikenakan saman sebanyak RM10,000 kerana gagal mengimbas bar code MySejahtera menggunakan aplikasi tersebut dan tidak mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 

Kejadian berkenaan berlaku sekitar jam 6.55 petang dan individu terbabit juga dikehendaki membayar saman tersebut sebelum atau pada 12 April 2021. Fuhhh terus saman RM10,000 ye! 

159105913 1840884089422626 1748298131641921424 N

 

“Dah pesan banyak kali scan my sejahtera…” 

Menerusi posting tersebut, rata-rata netizen berpendapat tindakan pihak polis mengenakan saman sebanyak RM10,000 bagi mereka yang ingkar SOP ini satu tindakan wajar kerana sudah setahun kita menghadapi COVID 19 tapi masih ramai yang degil untuk mengikut peraturan.

Penyamanan

 

“Kata kesalahan berulang baru RM10k… macam mana pegawai tahu dia ni buat kesalahan berulang” 

Walau bagaimanapun, ada di kalangan netizen berpendapat saman RM10,000 agak keterlaluan dan pernah terdengar sebenarnya ia sepatutnya dikenakan jika kesalahan tersebut berulang.

Hmm macam mana ni? Admin rasa kena tanyalah balik dengan Datuk Seri Ismail Sabri. 

Kesalahan Kedua

Pastikan semua ikut SOP ye kalau tak mahu RM10,000 melayang macam tu je. 

Baca: Syok Sangat Nak Jadi ‘Netizen Prihatin’, Rakam Kereta Accident Sampai Tak Sedar Polis Tunggu Depan Nak Saman

Prihatin

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.