in

“Zoo Melaka untuk orang Melaka Tengah je” – MKN Tolak Permohonan Melaka Untuk Beri Kelonggaran Rentas Daerah

Cuti Cuti Melaka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Oleh kerana ia sebuah negeri yang kecil dan hanya mempunyai tiga daerah, Melaka baru-baru ini telah membuat permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membenarkan aktiviti rentas daerah di negeri tersebut.


Walau bagaimanapun, menurut Astro AWANI, MKN telah menolak permohonan negeri tersebut yang kini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerarakan Bersyarat (PKPB). 

71609851915 Polissekatanjalan

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali akur menerima keputusan berkenaan dan selain daripada alasan Melaka sebuah negeri yang kecil, permohonan itu juga katanya adalah untuk menggalakkan pelancongan dalam negeri dan meningkatkan semula sektor itu di negerinya.

Kementeriaan tidak benarkan, tunggulah sampai ianya dibenarkan. Saya kalau boleh dibenarkan saya hendak pelancong domestik ini kita boleh membantu meningkatkan sektor pelancongan Melaka, tetapi saya sudah mohon, masih belum lagi dibenarkan,” kata Sulaiman.

Kerajaan negeri Melaka juga sebelum ini menjelaskan permohonan rentas daerah itu dibuat bagi memulihkan semula ekonomi.

14Tr001A1 1 Melaka

Menurutnya lagi, permintaan tersebut juga selari dengan tahap kepatuhan tinggi yang ditunjukkan penduduk Melaka sejak PKP pertama dilaksanakan apabila negeri tersebut menduduki tangga ketiga kadar pematuhan SOP tertinggi dengan 98 peratus.

Rata-rata netizen yang menerima berita ini juga ternyata sedikit kecewa namun memahami tindakan MKN yang mahu mengekang virus COVID 19 daripada terus merebak.

Rentas 2

Sabar ye orang Melaka… kat negeri lain pun sama je nasibnya. 

Baca: Netizen Geram, Geng ‘Influencer’ Rentas Negeri Sampai Kelantan Untuk Pergi Majlis Kahwin?

Negeri

Sumber: Astro AWANI
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.