in

“Pinggang kena lebih kecil dari saiz kertas A4”- Ini 6 Cabaran Trend Badan Yang Pelik di China

F2 Cabaran Badan A4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, Lobak Merah pernah berkongsi dengan anda tentang trend telinga elf di China. Trend tersebut pada ketika itu telah mendapat sambutan yang hangat daripada wanita China dan mereka sanggup menjalani pembedahan plastik.


Kali ini, kami mahu kongsikan pula dengan anda enam trend cabaran bentuk badan yang pernah viral di negara itu di mana wanita-wanita China ini akan membuktikan kecantikan badan mereka yang langsing.

Kebanyakan cabaran ini disertai oleh wanita di Weibo iaitu platform media sosial yang terkenal di negara Tembok Besar itu.

#1 Cabaran Pergelangan Tangan 100 Yuan

Dalam cabaran yang turut dikenali sebagai 100 Yuan Wrist Challenge ini, kaum wanita akan melilitkan atau membalut not wang 100 Yuan yang berukuran 155mm x 77mm itu pada pergelangan tangan mereka.

Cabaran Badan A4 5

Mereka akan dianggap kurus jika berjaya membalut tangan dengan wang tersebut.

#2 Cabaran iPhone 6 

Cabaran menyembunyikan lutut mereka dengan telefon pintar ini telah popular pada sekitar tahun 2016 di mana pada ketika itu, iPhone 6 merupakan peranti yang paling digemari oleh peminat Apple.

Namun, menurut Cosmopolitan, cabaran itu telah mendapat kecaman hebat daripada netizen lain kerana ia boleh dianggap seperti body-shaming wanita lain.

Lagi pula, difahamkan juga, lutut kita sebenarnya tak ada kaitan dengan berat badan sebab saiz tulang lutut adalah tetap dan tak akan berubah, lapor Teen Vogue.

#3 Cabaran Pinggang A4 

Challenge ini pula juga telah dianggap tak masuk akal oleh netizen di seluruh dunia terutamanya kaum wanita itu sendiri. Dalam cabaran ini, wanita yang terlibat akan menunjukkan bahawa pinggang mereka boleh disorokkan di belakang kertas A4.

Cabaran Badan A4 4

Jika mereka berjaya meyembunyikan pinggang ramping mereka di belakang kertas yang lebarnya 8.3 inci, itu bermakna mereka memang kurus dan ramping.

Macam ni pun ada. Siapa la yang mulakan challenge macam ni kan?

#4 Cabaran Tulang Selangka 

Seterusnya, challenge ini turut mencetuskan kemarahan rakyat China kerana semakin lama, semakin banyak body trend yang mengecam badan orang lain yang tak sama dengan trend tersebut.

Wanita yang menyertai cabaran ini akan meletak seberapa banyak duit syiling yang boleh di bahagian tulang berdekatan leher mereka. Ini untuk menunjukkan bahawa bentuk tubuh badan mereka adalah cantik dan menawan.

#5 Cabaran Pusat 

Dikenali juga sebagai Belly Button Challenge, ia pernah menjadi kegilaan sesetengah wanita pada tahun 2015. Wanita akan cuba menyentuh pusat mereka dengan tangan dari belakang badan.

Cabaran Badan A4 3

Apa yang membuatkan netizen negara itu lebih tak puas hati, ada segelintir atlet sukan China juga turut menyertai cabaran itu dan perkara itu dilihat ibarat telah menunjukkan contoh yang tak begitu baik pada pengikut di media sosial mereka.

#6 Cabaran Gincu 

Bukan itu sahaja, dengan tujuan utama untuk menunjukkan bahawa para wanita mempunyai wajah yang bersaiz kecil, Lipstick Challenge pula perlu dilakukan dengan memakai gincu dengan tangan terpusing di belakang, lapor Mic.com.

Cabaran Badan A4 2

Seram pulak cabaran ni, kang tak pasal-pasal tangan terseliuh gara-gara nak pakai lipstick. 

Walau bagaimanapun, kesemua cabaran ini telah dikecam hebat oleh kaum wanita yang lain kerana ia boleh menyebabkan mereka yang lain enggan makan atau memuntahkan semula makanan semata-mata untuk mendapatkan badan dengan standard kecantikan yang tak masuk akal ini.

Nasib baik cabaran seumpama ini dah tak wujud lagi pada tahun 2021 ini.

Kurus atau tak langsing tu bukan lah perkara utama dalam hidup ni sebenarnya. Yang penting, badan kita sihat dan penampilan pula perlu dijaga supaya sentiasa tampak kemas. 

Sumber: The Singapore Women’s Weekly, Cosmopolitan, Mic.com, TeenVOUGE 

Baca: Gara-gara Join Challenge ‘Nama Panggilan’ di Instagram, Gadis Ditipu Siap Transfer Duit! 

Cabaran Badan A4 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.