in

“Kami dikhianati!” – Fans Arsenal Di China Kecewa Dengan Ozil, Buang Jersi & Merchandise Dalam Tong Sampah

Buang Barang Ozil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas mendapat pujian atas kelantangannya mengutuk China dalam isu Muslim Uighur yang ditindas, nampaknya Mesut Ozil telah menimbulkan kemarahan fans Arsenal di republik itu.

Menurut Business Insider, sebilangan peminat The Gunners dari China telah membawa isu ini ke laman media sosial, Weibo dengan meninggalkan komen negatif buat pemain bola sepak tersebut. 


 

Peminat buang barang merchandise Ozil, minta Arsenal ambil tindakan 

Lebih mengejutkan, ada fans yang siap buang jersi dan merchandise berkaitan Ozil ke dalam tong sampah lagi tau! Tak cukup dengan tu, mereka juga minta Arsenal mengambil tindakan keras terhadap pemain kelahiran Jerman tersebut.

Siapa yang tak jatuh cinta dengan beberapa ‘orang tak guna’ pada zaman muda? 10 tahun usia muda saya, saya cintakan seekor ‘anjing’. 

“Sekarang masanya untuk saya berubah. Mulai kini, saya ucapkan selamat tinggal kepada Ozil. Saya harap ‘sampah’ ini takkan rosakkan Arsenal kesayangan saya,” kata seorang fans dalam Bahasa Cina.

Weiboozilfan
sumber: business insider
562645
sumber: sinar harian

 

“Bad player. Sh*t performance” 

Tak cukup dengan itu, Instagram Ozil juga telah dipenuhi komen negatif dan luahan kekecewaan fans dari China atas kelantangannya dalam menyuarakan isu Muslim Uighur.

https://www.instagram.com/p/B6DqgW2ijJ2/

Shit
sumber: instagram

Dalam pada itu, pengurusan Arsenal katanya juga terpaksa mengeluarkan kenyataan memohon maaf dan menyifatkan kenyataan Ozil itu tak menggambarkan pendirian kelab berkenaan.

Semoga Ozil terus bertabah! 

Baca: “Ulama dibunuh satu per satu. Saudara se-Islam dihantar ke kem” – TV China Batal Siar Perlawanan Arsenal Gara-gara Ozil Bela Uighur

Ooo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.