in

Trend ‘Telinga Elf’ Kini Popular Di China, Dakwa Boleh Buat Wajah Nampak Lebih ‘Slim’

Feature 4 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Trend pembedahan plastik adalah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat dunia sebab ini merupakan salah satu cara untuk mendapatkan rupa paras yang lebih cantik. Namun, di China, terdapat satu trend yang kini popular iaitu telinga elf.



Memetik laporan daripada South China Morning Post, trend telinga seumpama itu dikatakan boleh menampakkan wajah seseorang lebih kurus atau slim daripada sebelumnya.

Elf 1

Difahamkan, istilah telinga elf selalunya merujuk kepada keadaan di mana telinga seseorang itu menjadi runcing di bahagian atas dan ia lazimnya terjadi sejak dari kecil akibat kecacatan. Namun, sekarang ramai pulak yang sengaja nak telinga macam ni.

Nampaknya teknik ini menjadi sebab menurut seorang individu yang telah menjalani prosedur itu, dia mendakwa rakan-rakannya cakap muka dia nampak lagi kecil lepas sehari dia dapatkan pembedahan tu.

Elf 2

Individu tersebut telah berkongsi kesan tersebut di sebuah platform gaya hidup Xiaohongshu baru-baru ini.

Prosedur pembedahan telinga itu juga dikatakan telah mendapat sambutan hangat daripada masyarakat di China sebab ada yang sanggup beratur untuk dapatkannya di sebuah tempat yang menyediakan perkhidmatan itu.

Menurut doktor otoplasty di Pusat Perubatan Kosmetik Gaoshang pula iaitu Yu Wenlin, kadang-kadang dia kena lakukan enam pembedahan telinga elf dalam masa sehari.

Namun, pakar bedah kosmetik di sebuah hospital di Zhengzhou pula memberi amaran bahawa pembedahan ini tetap mempunyai risikonya yang tersendiri. Wang Jiangyun berkata,

Individu yang menjalani prosedur ini berisiko untuk mendapat jangkitan atau telinga baru mereka boleh menjadi tidak simetri. Mereka juga boleh mendapat darah beku dan alergi, “ katanya.

Dia juga menasihati mereka yang berminat dengan prosedur ini untuk fikir masak-masak sebelum menjalani pembedahan telinga sebab lama-kelamaan trend kecantikan ini akan pudar dan lama-lama, mereka juga akan rasa gaya ni macam dah tak cantik.

Sumber: South China Morning Post, The New York Post 

Baca: Suami Nak Ceraikan Atas Alasan Rupa Isteri Makin Hodoh Lepas Buat Surgery Kelopak Mata

Elf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.