in

“Wajah sebelum dah cun habis!” – Aktres China Dedah ‘Nightmare’ Hujung Hidung Jadi Hitam Lepas Buat ‘Plastik Surgery’

Gao Liu 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Niat seorang pelakon wanita di China untuk melakukan plastic surgery bagi meningkatkan kerjayanya bertukar mimpi ngeri selepas hujung hidungnya berubah hitam dipercayai akibat daging membusuk.

Gao Liu E1612581882417

Aktres bernama Gao Liu, 24, berkongsi pengalaman ngeri yang dialaminya dengan 5 juta pengikut di laman sosial Weibo pada Selasa lalu. Pelakon itu turut memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan hujung hidungnya yang hitam.


“Saya ingat plastic surgery selama empat jam tu akan buat saya jadi lebih cantik, tapi, ia sebenarnya permulaan satu mimpi ngeri,” kata Gao Liu.

Gao Liu 1 E1612581995750

Sebelah kanan tu gambar Gao Liu sebelum pembedahan. Cantik orangnya.

Menerusi posting sama, aktres yang juga seorang penyanyi itu berkata, dia menjalani plastic surgery berkenaan di sebuah klinik di Guangzhou selepas diperkenalkan oleh seorang rakan.

Walau bagaimanapun, pembedahan yang sepatutnya melibatkan prosedur pengubahsuaian kecil di bahagian hujung hidung bertukar kepada beberapa pembedahan susulan.

Menurut Gao Liu lagi, susulan pembedahan itu, hidungnya berasa gatal dan berdenyut. Namun, doktor yang membedahnya meyakinkan aktres itu bahawa dia akan sembuh dan boleh kembali bekerja dalam masa dua bulan.

Walau bagaimanapun, Gao Liu akhirnya mendapat khabar bahawa hospital dimana dia melakukan plastic surgery itu tidak diiktiraf untuk melakukan pembedahan hidung.

Kena bayar 2 juta yuan sebab langgar kontrak kerja

Gao Liu 2 E1612582269551

Tulis Gao Liu di platform Weibo, pengalaman itu menyebabkan dia rasa seperti mahu membunuh diri. Malah, dia juga dilapor kehilangan beberapa peluang lakonan selain berdepan denda 2 juta yuan kerana melanggar kontrak kerja.

Gao Liu juga dimasukkan ke hospital selama 61 hari akibat kejadian itu dan kehilangan 400,000 yuan nilai kerja.

Biro kesihatan tempatan di Guangzhou menjelaskan kes terbabit kini dalam siasatan pihaknya.

Gao Liu 4 E1612583132138

Posting yang dimuat naik Gao Liu mendapat simpati netizen di negara itu. Ada yang meminta supaya pihak hospital harus bertanggungjawab dan dihukum dengan berat.

Difahamkan, permintaan tinggi untuk plastic surgery mengakibatkan muncul beberapa klinik yang beroperasi tanpa sijil atau telah mengupah pakar bedah tidak bertauliah.

Kebanyakan patient yang mengunjungi klinik plastic surgery dilapor merupakan wanita muda yang terpengaruh dengan beauty standard yang dipaparkan selebriti dan influencer di laman sosial.

Dah lah plastic surgery fail, lepas tu hilang banyak kerja dan kena bayar denda pulak. Aduhh! Semoga pihak bertanggungjawab dibawa ke pengadilan.

Sumber: Daily Mail

Baca: “Muka je boleh beli Ford Mustang” – Buat ‘Plastic Surgery’ Dari Atas Sampai Bawah, Safiey Belanja Hampir RM2 Juta!

Safieyeye E1612577580984

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.