Kebiasaannya apabila memasuki alam pekerjaan, syarikat akan menyediakan latihan bagi memastikan pekerjanya mempunyai kemahiran yang diperlukan bersesuaian dengan persekitaran tempat kerja.
Tentulah setiap latihan berbeza bagi setiap sektor, tapi sebuah syarikat perabot di Dongguan, selatan China dikatakan menjalankan aktiviti latihan yang sangat ‘unik’.
Sewaktu menjalankan latihan, pekerja dikatakan menghukum diri mereka berulang kali, sehingga ada yang bertindak menampar diri sendiri, memukul badan serta menumbuk-numbuk ke bahagian lantai.
Ini latihan ke rusuhan?
Lantaran itu, video berdurasi 33 saat yang mula tular di laman sosial Weibo ini membongkar situasi yang berlaku iaitu pekerja syarikat perabot itu sedang menjalani latihan yang dikatakan dapat membantu meningkatkan prestasi jualan.
Video tersebut menunjukkan sekumpulan lelaki dan wanita berpakaian hitam berdiri di hadapan pelatih masing-masing dan apabila giliran tiba, mereka mula menunjukkan ‘aksi’ masing-masing.
Seorang pekerja menarik perhatian ramai apabil dia dilihat memukul dirinya berkali-kali, selain turut menanggalkan baju yang dipakai dan dihempaskan ke lantai beberapa lagi. Lelaki tersebut turut menumbuk ke arah langit dalam situasi yang sama.
Mungkin semangat sangat kot…
Penularan itu bagaimanapun telah mendatangkan reaksi orang ramai, kerana kejadian majikan mengambil kesempatan ke atas pekerja kerana tidak mencapat target jualan bukanlah sesuatu yang baru.
Akhirnya syarikat tersebut tampil menerangkan situasi yang berlaku iaitu segala ‘aksi’ yang dilakukan oleh pekerja mereka adalah dengan rela hati dan bukan dipaksa oleh pihak syarikat lapor DailyMail.
Menurut pengurus produk mereka, Zhang Min, Latihan itu juga dijalankan dengan melantik agensi dari luar bagi meningkatkan motivasi diri dalam kalangan pekerja.
Walaupun, penjelasan tersebut tidak dapat menyelamatkan syarikat tersebut daripada berhadapan dengan siasatan.
Nak naikkan sale tu baguslah, tapi setiap perkerjaan kan perlu adab nak lakukannya…
Baca : Tiupan ‘Debu Beracun’ Dari China, Korea Utara Arah Penduduk Tidak Keluar Rumah