in

Pingat Emas Olimpik Digigit Datuk Bandar, Atlet Jepun Bakal Terima Pingat Baru

Datuk Bandar Gigit Pingat Emas Feature Image 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Datuk Bandar Nagoya, Takashi Kawamura baru-baru ini menerima kecaman warganet Jepun dan atlet yang bertanding di sukan Olimpik Tokyo yang telah melabuhkan tirai pada 8 Ogos tempoh hari.



Mana tidaknya, umum ketahui sekarang ini pelbagai langkah drastik diambil oleh kesemua negara dalam mengekang penularan wabak Covid-19 yang turut ‘menghantui’ kejohanan sukan berkenaan.

Namun, Takashi Kawamura mengigit pingat emas yang dimiliki oleh seorang atlet softball Jepun, Miu Goto mengundang kemarahan ramai pihak.

Japan Mayor Bite Medal

Khabarnya, kejadian tercetus semasa pemenang pingat emas berkenaan mengadakan suatu sesi kunjungan hormat kepada datuk bandar tersebut selepas memenangi perlawanan akhir menentang Amerika Syarikat.

Pada pertemuan yang dilaporkan berlaku pada 4 Ogos tersebut, Takashi telah memuji persembahan Miu Goto dan khabarnya sepanjang pertemuan tersebut, mata datuk bandar ini hanya tertumpu kepada pingat emas yang dikalungkan atlet tersebut.

Selepas itu, beliau meminta pingat emas tersebut dikalungkan ke lehernya sebelum datuk bandar berkenaan secara spontan menurunkan pelitup mukanya dan menggigit pingat tersebut.

Datuk Bandar Gigit Pingat Emas

“Saya memohon maaf dan menyesal kerana telah melukakan pemenang pingat emas tersebut dengan mengigit pingatnya” 

Takashi Kawamura dikhabarkan telah membuat permohonan maaf selepas teruk dikecam oleh orang ramai dan telah menawarkan untuk menanggung kos untuk membuat pingat yang baru.

Walaupun begitu, media Jepun telah melaporkan bahawa Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah menawarkan penggantian pingat emas terbabit dan Miu Goto menerima tawaran tersebut.

Miu Gato Nagoya Mayor

Memang dah menjadi ‘adat’ dan kebiasaan untuk menggigit piala selepas memenangi sesuatu acara, namun ia biasanya dilakukan oleh atlet yang terlibat, bukannya pihak ketiga seperti yang dilakukan oleh datuk bandar tersebut.

“Jika ianya berlaku pada saya, tentunya saya akan mengangis” – Atlet Judo, Takato Naohisa

Lebih mengeruhkan keadaan, insiden tersebut telah disiarkan secara langsung dan menerima kritikan ramai pihak selain laporan turut dibuat kepada Dewan Bandar Raya Nagoya.

Walaupun nampak remeh, tetapi untuk para atlet, sebuah pingat dianggap sebagai harta karun, dan apabila ianya digigit oleh orang lain, ia seakan-akan hilang nilai sentimentalnya.

Khabarnya, Goto pada awalnya ingin menyimpan pingat asal, namun setelah membuat pertimbangan, beliau menerima tawaran penggantian pingat baharu daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.

Haish, ingatkan dekat Malaysia je ada situasi macam ni… 

Baca : “Keajaiban apa ni?” – Acara Penutup Olimpik Tokyo 2020 Bikin Kejutan, Ramai Teruja Tengok Formasi ‘Olympics Ring’

Majlis Penutup Olimpik Tokyo

Sumber: AP News
Sumber: Twitter
Sumber: Newsdir3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.