in

“Keajaiban apa ni?” – Acara Penutup Olimpik Tokyo 2020 Bikin Kejutan, Ramai Teruja Tengok Formasi ‘Olympics Ring’

Olimpics Ring Formation

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sukan Olimpik Tokyo 2020 akhirnya melabuhkan tirainya dan menjadi antara temasya paling mencabar untuk dilaksanakan selepas tertangguh setahun gara-gara wabak COVID 19.


Menerusi majlis acara penutup yang diadakan di Stadium Olimpik Tokyo semalam, pelbagai persembahan yang dipertontonkan khas dari warga Jepun kepada atlet dan mereka yang menonton di seluruh dunia.

Namun yang paling menarik perhatian pastinya formasi seakan-akan ribuan lampu yang tiba-tiba naik dan membentuk ‘Olympics Ring’ yang telah memukau ramai yang melihat persembahan tersebut.

 

“Job well done Tokyo 2020!” 

Persembahan di acara penutup tersebut mendapat pujian netizen yang terkesima melihat ribuan lampu membentuk Olympics Ring berkenaan, di samping ramai juga tertanya-tanya bagaimana agaknya mereka buat persembahan itu.

Cantik Olimpik Rings

 

“Persembahan cahaya tadi memang cool tapi hanya ditayangkan di TV” 

Saat ramai yang tertanya-tanya bagaimana persembahan cahaya itu diadakan, seorang pengguna Twitter menjelaskan bahawa apa yang netizen lihat di TV tidak sama dengan apa yang dilihat atlet di stadium.

Pesembahan cahaya ‘Olympics Ring’ itu katanya hanya boleh dilihat oleh penonton di TV sahaja dan ia dikatakan menggunakan teknologi Augmented Reality (AR).

Apa-apapun tahniah kepada Japan dan bandar Tokyo kerana telah berjaya mengadakan majlis berprestij ini dan kita pasti akan rindu Sukan Olimpik lepas ni kan. Dah tak dapat dah tengok atlet-atlet kita bersaing.

Pun begitu, selepas Olimpik ini, Sukan Paralimpik pula akan menyusul dan semoga atlet kita yang bersaing di sukan ini akan beroleh kejayaan nanti.

Baca: “Kenapa warga emas?” – Ramai Tak Tahu, Pacer Warga Emas Acara Keirin Rupanya Bekas Pemenang Pingat Olimpik 1984

Ft Keirin

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.