in

Baru Sebulan Menang, Atlet Gimnastik China Kongsi Foto Pingat Emas Olimpik Tokyo Miliknya Yang Didakwa Terkopek

F3 Medal Olimpik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Acara sukan Olimpik Tokyo 2020 baru saja melabuhkan tirainya pada tanggal 8 Ogos yang lalu. Rasanya masih belum terlambat lagi kalau kita nak ucapkan tahniah kepada semua yang berjaya mengharumkan nama negara masing-masing.


Namun, baru je sebulan, atlet gimnastik China iaitu Zhu Xueying yang memenangi pingat emas dalam acara gimnastik trampoline ini mendakwa pingat emas yang dimenanginya terkopek, lapor TMZ Sports.

Olimpik Medal 3

Baru-baru ini, Zhu Xueying ada berkongsi gambar pingatnya itu yang dilihat sedikit terkupas. Difahamkan, dia memuat naik gambar tersebut di media sosial Weibo untuk bertanya sama ada perkara yang sama turut dialami oleh pemenang Olimpik yang lain.

Olimpik Medal 2

Pada mulanya, atlet yang berusia 23 tahun itu menyangka tanda tersebut hanyalah kesan kotoran pada pingat namun lama-kelamaan, kesan itu menjadi semakin besar.

Walau bagaimanapun, pihak Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC) Tokyo 2020 menjelaskan bahawa kesan terkopek itu hanya berlaku pada lapisan luar yang melindungi pingat emas itu daripada sebarang kesan calar dan kekotoran. Jadi, pingat emas tu bukanlah terkopek seperti yang disangka oleh atlet tersebut.

Namun, difahamkan juga, sekiranya atlet Olimpik perlukan pingat yang baru gara-gara sebarang kerosakan dan sebagainya, mereka tak perlu risau sebab cetakan reka bentuk pingat masih lagi disimpan oleh pihak jawatankuasa temasya sukan itu.

Untuk pengetahuan semua, kesemua pingat di Olimpik Tokyo 2020 ini diperbuat daripada bahan elektronik yang dikitar semula. Difahamkan, bahan elektronik tersebut telah dikumpulkan dari serata Jepun.

Sumber: TMZ Sports, South China Morning Post 

Baca: “Tak sampai RM3,500”- Ini Harga Sebenar Pingat Emas Olimpik, Rupanya Diperbuat Daripada Besi ‘Recycle’?

Olimpik Medal 1

Sumber: AFP

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.