in

“Mangsa tunjuk isyarat bekalan oksigennya…” – Wanita Malaysia Meninggal Dunia Ketika Selam Skuba Di Bali

Rakyat Malaysia Meninggal Skuba Bali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang rakyat Malaysia dilaporkan maut ketika melakukan aktiviti selam skuba di perairan Crystal Bay, Desa Sakti, Bali, Indonesia, semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Siti Nuraini Rusidi, 40, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 11.10 pagi waktu tempatan ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di hospital berdekatan.


Juruselam dakwa mangsa tunjuk tanda awal-awal masalah kesihatan

Menurut laporan media tempatan BaliNews, mangsa menyertai aktiviti selam skuba bersama seorang juruselam, kapten bot dan beberapa penyelam lain bermula kira-kira jam 8 pagi.

Rombongan itu pada awalnya melakukan selaman di Manta Bay sebelum bergerak ke lokasi kedua, Crystal Bay.

Bagaimanapun, juruselam Eugenius Franciso Ray, 33, dikatakan sudah menyedari tanda-tanda awal masalah kesihatan mangsa ketika mereka tiba di lokasi selaman pertama.

Dia melihat mangsa batuk dan meminta pengesahan mengenai tahap kesihatannya. Bagaimanapun, mangsa menegaskan beliau masih mampu meneruskan aktiviti tersebut sehingga selaman di Manta Bay selesai.

“Ketika dalam perjalanan menuju ke destinasi selaman seterusnya, mangsa sekali lagi ditanya berkenaan keadaan kesihatannya, namun tetap mahu menyertai aktiviti selaman di situ,” tulis laporan itu.

Screenshot 2026 09 17 150927

Artikel berkaitan: Keluarga Dakwa Ada Unsur Jenayah, Misteri Mayat Lelaki Australia ‘Hilang’ Jantung Di Bali

Artikel berkaitan: “Hormatlah tempat orang” – Bali Keluarkan 8 Larangan Rasmi Terhadap Pelancong

Arus kuat di Crystal Bay

Keadaan bertukar cemas ketika kumpulan itu melakukan selaman di Crystal Bay apabila mereka berdepan arus laut yang sangat kuat. Tiga penyelam dilaporkan dihanyutkan arus dalam kejadian itu.

Mangsa kemudian ditemukan bersama kumpulan penyelam lain dan memberi isyarat kehabisan oksigen sebelum dibantu seorang jurupandu untuk naik ke permukaan.

Setibanya di atas bot, mangsa dilaporkan mengeluarkan buih dari hidung dan mulut namun masih memberikan respon sebelum dibawa untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, mangsa sudah tidak memberikan tindak balas ketika bantuan perubatan tiba dan dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Dive Concepts Lembongan.

Sementara itu, keluarga mangsa setakat ini enggan mengulas lanjut berhubung kejadian kerana masih terkejut.

Sumber: Harian Metro, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.