in

“Pilihan raya dijalankan dengan adil dan telus” – Pengerusi SPR

Ec Chairman Congratulates Dr M Says Ec Was Fair And Just World Of Buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Boleh dikatakan, pilihan raya baru-baru ini antara yang paling havoc dalam sejarah negara kita. Macam-macam yang terjadi dari masa ke semasa, sehinggakan ada rakyat yang mempersoalkan ketelusan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.


Menurut WOB, baru-baru ini Pengerusi SPR, Mohd Hashim Abdullah telah menyatakan bahawa pihak mereka telah melaksanakan pemilihan umum ke-14 secara adil dan telus. Beliau memaklumkan bahawa proses peralihan sedang dilaksanakan secara aman dan teratur ketika ini. Tambah beliau, ini menunjukkan bahawa demokrasi di negara kita semakin matang dan berkembang.

“Walaupun SPR dituduh banyak perkara, kami masih merupakan badan bebas untuk memastikan demokrasi di negara ini terus berkekalan,” katanya kepada Malaysiakini.

6D1477458C6Cbe3Fdd2Fac66190Eb7Ee
sumber: wob

Bagaimanapun, terdapat beberapa kejadian yang tidak diingini telah berlaku sepanjang pilihan raya baru-baru ini. Antaranya ialah pemusnahan kotak undi tambahan, kertas undi yang tiada cop SPR dan kebakaran kecil yang berlaku di beberapa pusat undi.

Sementara itu, Mohd Hashim turut mendedahkan bahawa jumlah pengundi pada 9 Mei adalah 82.32 peratus, bermakna 12,299,514 daripada 14,940,624 pengundi yang layak telah mengundi pada hari berkenaan.

Hashim turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri kita yang ke-7 atas pelantikannya, dan semua negeri yang telah terbentuk setakat ini.

Nasib baik takde kemalangan jiwa jadi haritu…

Baca: ‘Salah Label Kotak, Undi Tak Jelas’ – BERSIH

Capture 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.