By now, admin sure korang semua dah tahu pasal macam-macam drama dan kesilapan yang berlaku sepanjang hari ini. Antara yang paling hangat adalah kes kertas mengundi takde cop rasmi SPR.
Bukan setakat kertas mengundi takde cop rasmi SPR je, ada jugak perkara lain yang berlaku menimbulkan kemarahan dan paling menyakitkan hati, kesalahan tu bukan berlaku dekat satu but beberapa pusat mengundi.
Melalui beberapa post di Facebook, kedua-dua kotak undi iaitu DUN dan Parlimen telah dilabel dengan SALAH!
Semua sedia maklum bahawa:
- Parlimen = kertas oren
- DUN = kertas kuning
Tapi, dua-dua kotak tu terbalik pulak label, menyebabkan orang yang tak perasan akan letak je kertas undi dalam kotak yang salah!
Dalam satu video yang kini semakin viral, seorang lelaki boleh didengar berkata,
Ini berlaku di sebuah sekolah di Klang. Kotak undian bercampur adak. Sekarang, mereka sedang berbincang tentang penyelesaian untuk memindahkan semula undian ke dalam kotak yang sepatutnya.”
Katanya, pihak SPR memberitahu that undian masih tetap akan dikira dengan betul dan undian tidak akan dikira as ‘undi rosak’. Kes ini telah menaikkan kemarahan ramai rakyat Malaysia dan masing-masing tak lepaskan peluang untuk kongsi pengalaman mereka ketika mengundi hari ini.
Tak lupa jugak yang menekankan bahawa SPR tidak cekap dan menurut maklumat yang kami terima, kes yang sama turut berlaku di pusat mengundi Balakong, Kedah dan Pulau Pinang.
Sumber: Facebook
Seorang netizen yang mengundi di SMK Perimbun Cheras berkongsi dengan kami:
“Ibu saya mengingatkan saya untuk periksa warna kertas undi. Ketika saya nak mengundi, saya perasan bahawa kotak undian dilabel dengan salah kerana kotak Parlimen mengandungi kertas undi berwarna kuning. Bila saya cuba jelaskan dekat pegawai SPR, di mana dia mengaku kesilapan itu, tetapi tidak berbuat apa-apa. Dia cuma angguk dan berkata kotak tu akan ditukar nanti.”
“Saya berkeras kerana perkara begini tak patut berlaku. Betul tak? Akhirnya, pegawai tu hubungi bos dia dan tukarkan label kotak tu.”
Bagaimanapun, BERSIH kemudian membuat pengumuman dan menjelaskan bahawa kotak yang dilabel dengan salah tidak memberi kesan kepada undian. Thank God!
“Kami telah menerima beberapa aduan mengenai kotak undi bagi PARLIMEN dan DUN (Dewan Undangan Negeri) yang telah bertukar di beberapa pusat mengundi.”
“Ini tidak akan memberi impak kepada undi anda kerana sebelum penjumlahan undi, semua kertas undi akan disusun mengikut warna.”
Mesti semua berkobar-kobar nak tunggu keputusan! Sama lah kita excited!