Seorang pesara polis wanita berjaya ditahan selepas dikejar dari Rembau hingga Melaka sejauh kira-kira 50 kilometer selepas melarikan diri daripada pemeriksaan polis.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, wanita berusia 65 tahun berkenaan dipercayai terlebih dahulu melanggar dua kenderaan sebelum melarikan diri ke arah Melaka.
“Anggota rondaan pelbagai guna (MPV) IPD Rembau pergi ke lokasi selepas dimaklumkan kereta yang melanggar kenderaan tersebut telah melarikan diri.
“Ketika anggota MPV dalam perjalanan ke lokasi, mereka terserempak dengan kereta berkenaan dan cuba memberhentikannya, namun suspek enggan memberi kerjasama sebelum melarikan diri,” katanya.
Suspek akhirnya berjaya ditahan di Jalan Bukit Beruang, Melaka kira-kira jam 11.40 malam dengan kerjasama anggota ronda Balai Polis Kota serta anggota MPV Alor Gajah dan Melaka.

Artikel berkaitan: Enggan Berhenti, Polis Terpaksa Bergelut Dengan Suspek Sehingga Cedera Terkena Temb*kan
Artikel berkaitan: Insiden Pemuda Kejar Polis Dengan Senjata Berpunca Daripada Salah Faham Dengan Peniaga
Kantoi bawa dadah, langgar 2 kenderaan
Ketika pemeriksaan dilakukan terhadap suspek, pihak berkuasa menemukan sebuah beg mengandungi satu paket plastik lutsinar berisi empat pil disyaki dadah jenis ekstasi.

“Pemeriksaan mendapati suspek merupakan pesara polis.
“Ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis amphetamine,” katanya.
Malah, siasatan lanjut mendapati kereta suspek turut terlibat dalam dua kemalangan jalan raya di daerah Rembau membabitkan sebuah Toyota Hiace dan Perodua Viva.
Justeru, suspek kini ditahan di IPD Melaka Tengah dan permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret Ayer Keroh bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
Sumber: Sinar Harian
