Umum mengetahui Alif Satar merupakan seorang selebriti yang sememangnya serba boleh. Dia yang memulakan karier dengan menyertai pertandingan One in a million musim pertama.
Kini dia yang sudah cukup dikenali bukan hanya kerana bakatnya sahaja tapi perwatakannya yang dikatakan gentleman disenangi ramai.
Baru-baru ni, Alif, 29, telah memasuki pertandingan Triathlon, Ironman Malaysia yang di anjurkan di Pantai Cenang, Langkawi.

Cabaran Ironman yang terdiri daripada berenang, berbasikal, dan maraton itu telah berjaya di tamatkan oleh Alif dalam masa 15 jam 5 minit 49 saat. Nampak macam mudah kan?
Tapi sebenarnya jarak bagi ketiga-tiga cabaran adalah berbeza. Cabaran berenang adalah sejauh 3.8 kilometer, berbasikal sejauh 180 kilometer, dan maraton sejauh 42 kilometer.
Ramai rakan-rakan selebriti yang memberikan ucapan tahniah diatas kejayaan yang diraih ini.
“Alhamdulilah, Tahniah!”


Namun disebalik itu ada juga netizen yang mempersoalkan waktu solat bagi peserta yang beragama islam. Yelah, berjam-jam bertanding bilanya nak solat kan?

Namun persoalannya itu pantas dijawab Alif sendiri yang mengatakan pihak penganjur ada menyediakan tempat solat khas bagi peserta yang beragama islam.
“Ada ruang solat di transition 2 (bike to run).”
“Bila amik wudhu ada volunteer tolong pegangkan botol”
“Organiser ironman sediakan ruang khas untuk muslim athletes.”
Selain itu persoalan ini juga turut mendapat perhatian salah seorang petugas cabaran Ironman. Dia menjelaskan mengenai ruang untuk peserta muslim solat.

Walau apa pun, masih belum terlambatkan untuk admin nak ucapkan tahniah dekat Alif. Memang hebat betul dia ni.
Baca: “Dah tiga generasi tunggu anak lelaki” – Alif Satar Kongsi Kisah Istimewa Anak Bongsunya Yang…