Kebanyakan sekolah serta institusi pengajian di Malaysia menyediakan tempat tinggal atau kuarters untuk tenaga pengajar serta staf lain.
Pun begitu, oleh kerana faktor usia bangunan serta sekolah, terdapat beberapa kuarters guru dan pentadbir berada dalam keadaan daif serta usang.
Artikel berkaitan: “Hujung bulan ni akan pencen” – Guru Besar Sekolah Ini Dedah Dah Lebih 3 Tahun Tinggal Di Stor Sekolah
Artikel berkaitan: Ibu Lapor Polis Anak Cedera Dirotan Guru Besar Gara-gara Tak Siap ‘Homework’
Seperti yang tular baru-baru ini, di mana seorang guru besar mendedahkan beliau terpaksa tinggal di dalam stor pra-sekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Ansuan, Telupid, Sabah serta keadaan rumah guru-guru lain dalam keadaan yang sangat usang.
@hmetromy Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Ansuan di Telupid, George Odol mendedahkan pengalamannya tinggal dalam stor sekolah lebih tiga tahun sejak berkhidmat di sekolah itu. #beritatiktok #guru #pengorbanan
Menerusi laman Facebook Malaysia Mendidik difahamkan, sekolah rendah tersebut sebelum ini memang tiada kuarters untuk pendidik serta staf lain.
Para guru, Perstauan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan masyarakat mengambil inisiatif bersama-sama membina 5 unit rumah panjang. Namun, keadaannya sangat daif dan memerlukan intervensi kerajaan segera dan guru besar, George Odol pada waktu itu juga membuat keputusan untuk tinggal di stor prasekolah tersebut.
Terbaru, George menunjukkan perkembangan terkini sederet rumah guru sudah siap dinaik taraf dan mula digunakan warga pendidik sekolah berkenaan.
@bharianmy Guru Besar kongsi perkembangan terkini rumah guru SK Ulu Ansuan
“Saya ingin mengulas mengenai video yang saya upload minggu lalu mengenai isu rumah guru di sekolah ini terutama guru besar yang tinggal di stor prasekolah.
Untuk makluman, kenyataan saya itu tidak membabitkan dua bulan terakhir perkhidmatan saya di sekolah ini.
Saya mula datang melapor diri untuk bertugas sebagai pentadbir di sekolah ini pada Jun 2020 dan akan menamatkan perkhidmatan saya di sekolah ini pada 27 November 2023, lagi beberapa hari.” katanya.
Bangunan terbabit mengandungi tujuh pintu kelihatan kemas dan teratur berbanding bangunan asal yang hanya dilengkapi lima pintu berdindingkan zink yang kelihatan daif dan tidak selesa sebagai tempat tinggal.
Sumber: Facebook, Buletin TV3, TikTok