in

“Hujung bulan ni akan pencen”- Guru Besar Sekolah Ini Dedah Dah Lebih 3 Tahun Tinggal Di Stor Sekolah

F1 Guru Besar Tinggal Dalam Stor Sekolah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang guru besar di sebuah sekolah di Sabah telah menjadi perhatian ramai baru-baru ini apabila beliau berkongsikan di TikTok tentang pengalamannya tinggal di stor sekolah tempat beliau berkhidmat lebih tiga tahun kerana ketiadaan kuarters guru di sekolah tersebut.


Guru besar tersebut yang dikenali sebagai George Odol turut mengatakan dalam video TikTok beliau bahawa beliau akan bersara dari berkhidmat sebagai guru besar pada hujung November ini.

2 1 1

Menurut perkongsian beliau di TikTok, beliau mendedahkan bahawa Sekolah Kebangsaan Ulu Ansuan, Telupid itu telah dibina pada tahun 1999 tanpa rumah guru.

@mr.george_odol

#fyp#universal#malaysiatiktok??

♬ bunyi asal – GEORGE ODOL – GEORGE ODOL

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Guru ‘Nyanyi’ Lagu Jalur Gemilang Gunakan Bahasa Isyarat Terima Pujian Netizen

Artikel Berkaitan: “Papa tak marah dah” – Murid Viral Dimarah Guru Sebab Bersolek Akhirnya Bersemuka Dengan Guru

Setelah sekolah itu siap dibina, guru-guru sekolah yang tinggal jauh dari sekolah terpaksa tinggal menumpang di rumah-rumah penduduk kampung atau bilik darjah yang diubah suai di sekolah tersebut.

Atas dasar prihatin, dua buah rumah ala kadar untuk kemudahan guru-guru sekolah itu telah dibina oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Difahamkan, setelah beliau telah ditempatkan untuk bertugas di sekolah berkenaan pada tahun 2020, beliau hanya tinggal di dalam stor prasekolah yang hanya berkeluasan 13.4 meter persegi.

1 2 1

Beliau juga akan berkongsi tandas dan dapur yang ada di prasekolah untuk kegunaan harian.

Difahamkan juga, sebuah rumah panjang juga telah dibina di sekolah itu pada penghujung tempoh perkhidmatannya namun beliau memilih untuk tidak tinggal di situ kerana mahu memberi keutamaan kepada guru-guru lain yang mengajar di sekolah itu untuk tinggal di situ agar mereka lebih selesa.

Namun, meskipun begitu, beliau tidak pernah merasakan menyesal sepanjang tempohnya berkhidmat di sekolah itu.

Memang tabik lah dekat cikgu-cikgu sekolah ni sebab sanggup korbankan keselesaan demi mendidik anak bangsa. 

Sumber: TikTok @mr.george_odol, Harian Metro

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.