in

Permohonan Moratorium Dibuka Hari Ini & Akan Diluluskan Secara Automatik Tapi…

Collage 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Moratorium enam bulan untuk semua individu, syarikat mikro dan perusahaan serdehana dan kecil (SME) yang terkesan akan bermula hari ini.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), jika seseorang individu atau syarikat memilih untuk mengambil moratorium ini, mereka tidak perlu mengemukakan apa-apa dokumen sokongan dan kelulusan akan diberikan secara automatik.

Selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), individu yang syarikat mikro termasuk SME yang terkesan akibat pandemik boleh mula memohon moratorium enam bulan bermula 7 Julai ini.”

Selain moratorium ini, pihak bank juga turut menawarkan pengurangan bayaran ansuran dan pakej lain termasuk menjadual semula dan menyusun semula kewangan yang sesuai dengan keadaan peminjam.

1210573

Pun begitu, walaupun bank tidak akan mengenakan faedah berganda atau denda kerana lambat bayar semasa tempoh moratorium, BNM menasihatkan, jika peminjam memilih untuk mengambil moratorium ini, kos pinjaman akan meningkat.

Ini kerana faedah akan terus dikenakan ke atas bayaran yang tertunda. Selain itu, bank juga perlu memberitahu peminjam bagaimana ansuran dan jangka masa pembiayaan akan mempengaruhi pinjaman sekiranya peminjam meminta untuk mengekalkan ansuran yang lebih rendah (berbanding jumlah asal).

Selain itu, rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) tidak akan terkesan oleh sebarang bentuk bantuan pembayaran semula yang diterima sepanjang 2021.

Jadi, untuk korang yang bercadang untuk ambil moratorium ini, pastikan bank korang jelaskan betul-betul semua benda yang perlu korang tahu sebelum memohon okay?

 

Baca: Tengku Zafrul Jelaskan Tiada Bayaran Faedah Dikenakan Untuk Moratorium 6 Bulan

Screenshot 2021 07 07 At 12.13.40 Pm

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.