in

Tengku Zafrul Jelaskan Tiada Bayaran Faedah Dikenakan Untuk Moratorium 6 Bulan

Tz2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pengumuman Khas Pakej (PEMULIH) ada mengumumkan bahawa pinjaman moratorium selama 6 bulan akan diberikan kepada semua individu bermula Ogos nanti.


Dalam pakej Pemulih yang dibentangkan semalam, pinjaman moratorium yang memperuntukkan nilai sebanyak RM 150 billiion itu tidak akan dikenakan bayaran faedah, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini.

Kata Tengku Zafrul lagi, bank tidak akan mengenakan faedah berkompaun (compounded interest) atau penalti lewat bayar kepada peminjam yang memohon moratorium, lapor NST.

Tz

“Moratorium yang kami umumkan (Pemulih) itu sama seperti moratorium yang sebelum ini, tiada caj faedah.”

“Fokus pada perkara penting. Kami telah membuat perjumpaan dengan bank-bank untuk memberikan moratorium kepada semua orang, tidak kira bagi yang terkesan ataupun tidak”

“Diharap moratorium ini akan membantu aliran tunai rakyat,” katanya ketika perjumpaan maya mengenai Pemulih hari ini

Tempoh moratorium selama 6 bulan itu bukan sahaja diberikan kepada rakyat biasa malah peniaga mikro juga, ia agar dapat membantu mereka akibat ekonomi terjejas disebabkan pandemik-Covid-19.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa moratorium ini akan diberikan secara automatik menerusi satu permohonan.

41622690512 Tengkuzafrul

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, berdasarkan data yang diberikan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), 12.4 juta anggota layak untuk memohon i-Citra.

Dari jumlah tersebut, 8.7 juta orang mempunyai simpanan yang mencukupi untuk membuat pengeluaran, sementara 3.7 juta mempunyai simpanan kurang dari RM5,000.

“Ini adalah masalah struktur dalam KWSP untuk jangka masa panjang, tetapi kita perlu membantu untuk mengatasi jurang di mana orang sekarang perlu menabung untuk masa depan mereka.

“Tetapi hari ini, kita menghadapi krisis besar sehingga kita terpaksa melakukan apa yang kita mampu untuk membantu rakyat yang terkesan akibat wabak Covid-19. “

Dalam inisiatif i-Citra, semua ahli yang berumur dibawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran sehingga RM 5,000 tertakluk kepada jumlah baki gabungan mereka di kedua-dua Akaun 1 dan 2.

Jumlah pengeluaran akan diberikan sehingga 5 bulan, dengan pembayaran bulanan tetap RM1000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan dan minimum RM50.

 

Baca : [TERKINI] Kerajaan Setuju Beri Moratorium Selama 6 Bulan Kepada Semua Individu – PM

Muhyiddin Yassin Sabah180920

Sumber: NST
Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.