in

“Perlu ke dicanang ke media sosial?” – Ibu Hannah Delisha Muat Naik ‘Puisi Baru’, Netizen Minta Henti Buka Aib Keluarga

Puisi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kontroversi berkenaan pelakon berasal dari Singapura, Hannah Delisha yang dikatakan telah berkahwin dengan Imam Shah tanpa restu ibunya masih belum reda walaupun pelakon tersebut telah membuat permohonan maaf di Instagram semalam.


Hari ini, ibunya, Noor Ashikin Ahmad telah muncul dengan nukilan puisi baru yang dipercayai ditujukan bukan saja buat anaknya tetapi buat netizen di luar sana yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku di antara mereka berdua.

Menurut posting Instagramnya, Noor Ashikin merujuk netizen sebagai ‘Smart People’ dan mengajak beramai-ramai berfikir sejenak akan persoalan yang berlegar di dalam mindanya.

https://www.instagram.com/p/CMQpsg6BM6J/

 

“Mari kita guna akal yang sihat wahai Smart People untuk bertanya dan berfikir sejenak” 

Antara persoalan yang diutarakan ibu Hannah ialah:

Apakah perasaan Sang ibu dalam hikayat antah berantah? 

“Apakah sebab, asbab dan musabab yang beliau itu tidak merestui pernikahan sang anak dan pilihan anaknya itu? 

“Kenapa dan mengapa beliau tidak merestui perhubungan mereka sebelum bernikah? Adakah ia kerana ada ‘al kisah yang membelenggu?’ yang terjadi semasa sang anak dan pasangannya belum bernikah lagi? 

“Adakah sang ibu dan keluarga terdekatnya tahu sang anak dan pasangannya itu telah berkahwin? Dan bila sebenarnya mereka berkahwin?” kata Noor Ashikin.

Walau bagaimanapun, posting ibu Hannah kali ini mendapat pelbagai jenis komen yang mana ada di antaranya meminta wanita tersebut berhenti bercakap mengenai aib anaknya di media sosial.

Dalam pada itu, ada juga yang bersetuju dan memahami perasaan seorang ibu yang sedih kemungkinan besar tidak mengetahui apa-apa mengenai perkahwinan anaknya itu.

Hdddd

Hdddd1

Apa-apapun admin berharap kita sebagai netizen janganlah lagi mengeruhkan keadaan dan berdoa semoga masalah yang dihadapi keluarga Hannah ini dapat diselesaikan dengan baik. 

Baca: Posting Ibu Mentua ‘Sebijik’ Dengan Pelamin Dalam Gambar Eleena Sui, Hannah Delisha Didakwa Nikah Tahun Lepas?

Eleena

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.