in

Perkosa Anak Kandung 19 Tahun, Bapa Dipenjara 54 Tahun & 25 Sebatan

Ft Bapa Rogol Anak Kandung

Seorang bapa berusia 39 tahun hari ini dijatuhkan hukuman penjara 54 tahun dan 25 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas 7 pertuduhan, antaranya tertuduh tergamak merogol anak kandungnya yang berusia 19 tahun.

Memetik laporan Astro Awani, tertuduh mengaku bersalah terhadap semua tuduhan itu dan tuduhan lain termasuklah persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii, melakukan kelucahan melampau, miliki pornografi kanak-kanak dan video lucah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

 

Bapa simpan bahan lucah kanak-kanak, rogol anak kandung sendiri

Screenshot 2023 06 01 184642

Walaubagaimanapun, tertuduh perlu menjalani hukuman penjara 16 tahun apabila hakim memerintahkan semua hukuman berjalan serentak bermula tarikh dituduh hari ini.

Dalam pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa merogol anak kandungnya berusia 19 tahun yang mana perhubungan dengannya adalah tidak dibenarkan dibawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya.

Sumber melaporkan bahawa kesalahan itu dilakukan di lokasi yang sama iaitu di sebuah rumah di Sering, Kota Bharu antara jam 11 pagi hingga 12.30 tengah hari pada akhir Mac, 10 Mei dan 11 Mei lalu.

Dalam pada itu, tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lapan tahun hingga 30 tahun dan 10 sebatan.

Screenshot 2023 06 01 184608

Bagi pertuduhan pertama ini, mahkamah telah menjatuhkan hukuman 14 tahun penjara dan 8 sebatan, 15 tahun dan 8 sebatan bagi pertuduhan kedua serta 16 tahun dan 8 sebatan bagi pertuduhan ketiga.

Bagi pertuduhan keempat dan kelima pula , tertuduh didapati bersalah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dan melakukan kelucahan melampau terhadap anak kandungnya.

Kesalahan itu dilakukan di 2 lokasi berasingan iaitu di Sering dan Panji, antara jam 11.05 pagi dan 4 petang pada 11 Mei lalu dan 7 Disember tahun lalu. Tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan (Akta 574) dan 377D.

Bagi kesalahan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun dan satu 1 bagi pertuduhan keempat dan penjara 1 tahun bagi pertuduhan kelima.

Screenshot 2023 06 01 184549

Untuk pertuduhan keenam dan ketujuh, tertuduh didakwa memiliki pornografi kanak-kanak dan memiliki video lucah dalam telefon bimbit di lokasi sama di Sering pada 19 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan (Akta 574).

Bagi kesalahan berkenaan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 2 tahun bagi pertuduhan keenam dan penjara 1 tahun bagi pertuduhan ketujuh.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara keseluruhan sebanyak 54 tahun dan 25 sebatan, namun hukuman berjalan serentak iaitu 16 tahun dari tarikh dituduh dan 25 sebatan.

Baca : “Saya nak pertahankan diri” –  Wanita Dipenjara 6 Tahun Kerana Membunuh Perogolnya

Cats 56

Sumber: Utusan
Sumber: Harian Metro