in

Remaja Pengsan Di Sekolah Bongkar Perbuatan Keji Bapa, Dirogol Sejak Usia 11 Tahun

collage 8

Sepatutnya tugas bapa adalah sebagai pelindung keluarga tapi disebabkan nafsu serakah, ada bapa kandung yang sanggup seksa anak sendiri…

Macam kejadian yang berlaku di Kota Bharu di mana seorang pelajar tingkatan dua telah bongkarkan perbuatan keji bapanya selepas dia tiba-tiba pengsan di sekolah.

Memetik laporan dari Harian Metro, seorang pelajar didakwa telah dirogol oleh bapa kandungnya sendiri sejak dia berusia 11 tahun.

Perbuatan keji bapanya ini terbongkar apabila cikgu di sekolah telah bertanyakan keadaannya sebaik sahaja pelajar malang tersebut sedarkan diri.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhammad Zaki Harun, pihak polis telah menerima laporan mengenai kes ini pada Selasa lalu (31 Mei) jam 11.55 pagi.

Kejadian terbaharu pada 2 pagi semalam (kelmarin) yang mana suspek berusia 39 tahun memasuki bilik mangsa dan merogolnya.”

Ekoran laporan yang dibuat oleh mangsa dan gurunya, pihak polis telah pun membuat tangkap terhadap suspek yang bekerja sebagai tukang rumah di perkarangan Hospital Tanah Merah.

Untuk pengetahuan korang, bapa ini mengaku telah merogol anak kandungnya sendiri sebanyak tiga kali sepanjang tempoh empat tahun di rumah yang didiami oleh mangsa bersama ibu tiri serta empat saudara tiri yang lain.

Hasil pemeriksaan kesihatan di Hospital Tanah Merah mendapati terdapat kesan koyakan lama manakala ujian saringan terhadap suspek didapati negatif dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.”

Suspek kini telah pun ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 7 Jun untuk siasatan lanjut dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Allahu, bapa apa macam ni?

 

Baca: “Haruan makan anak” Lelaki Dipenjara 1,050 Tahun, Rogol Anak Tiri 105 Kali Selama 2 Tahun!

ft 1050tahun