in

“Saya nak pertahankan diri” – Wanita Dipenjara 6 Tahun Kerana Membunuh Perogolnya

Cats 56

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita Orang Asli di Mexico City dikenakan hukuman penjara enam tahun dua bulan atas pertuduhan membunuh perogolnya walaupun tindakannya itu untuk pertahankan diri.

Hukuman yang dikenakan terhadap Roxana Ruiz, 23, pada Isnin lalu mendapat perhatian meluas media antarabangsa sejak seminggu lalu.


Tertuduh didakwa membunuh lelaki tersebut dengan menjerut perogol tersebut di rumahnya sendiri. Selain itu, mahkamah turut memerintahkan dia untuk membayar pampasan kepada keluarga lelaki yang merogol berkenaan.

Minta tumpang tidur kerana rumah jauh

Pada Mei 2021, Ruiz dikatakan sedang berniaga di Nezahualcoyotl bersama rakan-rakannya sebelum mula berkenalan dengan lelaki tersebut yang menetap di kawasan kejiranan yang sama.

Difahamkan, lelaki tersebut menawarkan diri untuk menemani Ruiz pulang ke rumah. Dia kemudian meminta kebenaran untuk bermalam di rumah Ruiz memandangkan hari sudah lewat dan rumahnya jauh dari situ. Ruiz bersetuju lalu membenarkan lelaki tersebut tidur di ruang tamu.

Btroxana20230519

Masuk ke dalam bilik

Pada tengah malam, Ruiz dikejutkan dengan kehadiran lelaki tersebut di dalam biliknya. Lelaki tersebut cuba untuk membuka pakaian Ruiz, dan menguugut untuk membunuh jika dia terus melawan.

Mahu mempertahankan diri, Ruiz mengambil baju lalu menjerut lelaki itu sehingga dia tidak bernafas. Panik dengan kejadian tersebut, Ruiz menyumbat mayat lelaki tersebut ke dalam sebuah beg lalu mengheret beg tersebut keluar dari rumah.

Bagaimanapun, tindakannya itu dikesan oleh anggota polis yang sedang meronda. Ruiz ditahan serta-merta pada hari kejadian.

Dikenakan hukuman penjara 6 tahun

Mahkamah akhirnya menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dua bulan pada Khamis lalu di atas dakwaan membunuh perogolnya.

Mahkamah mengakui wanita itu bertindak untuk mempertahankan diri, namun dia dikatakan telah menggunakan kekerasan yang berlebihan ke atas perogolnya.

Kredit: Oddity Central

BACATak Tahan Disebat 146 Kali, Perogol Kanak-Kanak Merayu Mohon Maaf

Capture 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.