Ketika menggunakan jalan raya, seseorang itu perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan mengamalkan sikap toleransi kepada pengguna jalan raya yang lain. Kata orang, biar lambat asal selamat.
Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang menunjukkan seorang wanita bertindak kurang sopan ke atas pemandu lain gara-gara berlakunya salah faham. Rakaman berdurasi selama 17 saat ini dirakam menggunakan kamera papan pemuka atau dashcam.
Menerusi video tersebut, kereta pemilik video terpaksa brek mengejut apabila sebuah kereta Preve dilihat tiba-tiba sahaja keluar dari kawasan parkir sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang.
Pemandu tersebut dilihat memberi laluan kepada pemandu wanita tersebut, bagaimanapun lain pula yang terjadi selepas itu. Pemandu Proton Preve itu tiba-tiba sahaja menghulurkan jari tengah sebagai tanda marah meskipun sudah diberi laluan.
Video ini ternyata tular di media sosial dan rata-ratanya mempersoalkan pemandu wanita itu yang didakwa tiada sikap tolerasi dan biadab terhadap pengguna jalan raya yang lain.
https://twitter.com/AsyrafRosli_/status/1619559947754434562
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet berpendapat wanita tersebut bernasib baik kerana tiada tindakan lanjut yang diambil oleh pemandu kenderaan tersebut.
“Kira ok lah driver ni still bagi kau jalan. Kalau aku ni memang aku hon panjang kau. Pastu dah masuk lane aku bagi lampu tinggi”, tulis seorang individu.
Malah ada yang berkata, jika wanita tersebut berbuat aksi sedemikian kepada orang yang ‘salah’, mungkin akan berlaku pergaduhan di situ kerana tindakan kurang sopannya yang menunjukkan jari tengah.
Apa pendapat anda tentang isu ini?
Kredit: AsyrafRosli_
BACA: Lagi Kes Pemandu Mabuk, Dua Kanak-Kanak Termasuk Seorang Bayi Parah