in

Lagi Kes Pemandu Mabuk, Dua Kanak-Kanak Termasuk Seorang Bayi Parah

Cats 57

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes kemalangan jalan raya melibatkan pemandu mabuk bukanlah perkara baru di Malaysia. Terbaharu, seorang kanak-kanak dan seorang bayi berusia setahun lima bulan cedera parah selepas kenderaan yang dinaiki dirempuh oleh pemandu mabuk.

Kemalangan dilaporkan berlaku di kilometer 57 Jalan Batu Pahat – Mersing pada lewat petang semalam. Mangsa dikenali sebagai Nur Hana Humaira, mengalami pendarahan otak dan cedera di tulang pinggul. Manakala kakaknya, Aisyah Humaira mengalami pendarahan di otak dan bengkak tulang rahang.


Jxedro9N Template Cms Pp 13 1

Kedua-dua mangsa masih menerima rawatan di Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom. Bapa dan ibu kanak-kanak tersebut turut cedera serta mendapat rawatan di hospital yang sama.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Md Noh, dua kereta yang terlibat dalam kemalangan adalah kereta jenis Nissan Navara dan Toyota Vios. Kedua-duanya dari arah yang sama iaitu dari Kluang menghala ke Mersing.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta suspek melanggar belakang mangsa hingga menyebabkan Toyota Vios dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun hilang kawalan lalu melanggar pokok di bahu jalan sebelah kiri.”

“Akibat dari pelanggaran itu, pemandu dan penumpang kereta termasuk isteri mangsa berusia 37 tahun yang beralamat di Felda Kahang Timur itu mengalami kecederaan dan menerima rawatan di HEBHK.”

Difahamkan, tangkapan sudah dibuat terhadap pemandu kereta Nissan Navara berusia 29 tahun. Suspek dipercayai mabuk semasa kejadian dan sampel darah sudah diambil untuk tujuan pemeriksaan toksikologi.

Kredit: Buletin TV3

BACA: Pencuri Ditangkap Ketika Tidur Atas Lantai, Rupanya Mabuk Lepas ‘Teguk’ Arak Pemilik Rumah

Capture 21

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.