in ,

Penyanyi Dangdut Rhoma Irama Bakal Dikenakan Tindankan Buat Konsert Dekat Zon Merah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berani menjalankan konsert ketika wabak Covid-19 di tempat zon merah pada hari Ahad lalu, seorang penyanyi lagenda dangdut dari Indonesia bakal dikenakan tindakan undang-undang.


Menurut ketua wilayah Ade Yasin dia sebelum ini sudah memberikan satu surat amaran kepada Rhoma untuk tidak sebarang aktiviti di Desa Cibunian, Kecamatan Pamijah, Kabuten Bogor, Jawa Barat. Lapor metro.tempo.co.

Disebabkan itu, Rhoma bakal diambil tindakan undang-undang kerana melanggar peraturan PSSB (Pembatasan Sosial Berskala Besar).

 

Tiada siapa pun yang akan terlepas jika melanggar peraturan. Proses hukuman akan dijalankan,” 

Berikutan kes ini, Rhoma pernah memuat naik video di laman Facebook miliknya mengatakan dia sudah membatalkan kemunculannya di majlis berkhatan yang diadakan di lokasi tersebut.

Tetapi, Rhoma masih hadir ke acara itu bahkan membuat persembahan dengan menyanyikan beberapa buah lagu.

Menurut Ade Yasin, Rhoma yang hadir sebagai tetamu undangan namun persembahannya itu dianggap membuatkan orang ramai akan berkumpul sedangkan Bogor masih dalam PSSB sehingga 2 Julai 2020.

 

Baca : COVID-19: Pertambahan 24 Kes Positif, Daerah Sepang Kini Zon Merah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.