Ft Sss

Mempunyai lebih 200 cawangan di Timur Tengah, penjual barangan sukan terkemuka Sun & Sand Sports (SSS) kini ‘tiba’ di Malaysia, menawarkan lebih daripada 20 jenama terkemuka merentasi pelbagai jenis sukan dan intensiti.

Pastinya kehadiran SSS di Malaysia bakal menggalakkan peminat sukan dan kecergasan untuk tampil lebih aktif dengan mengenakan pakaian dan barangan sukan yang lebih sesuai menerusi pelbagai rangkaian produk yang ditawarkan.


Ditubuhkan pada tahun 1979 di Dubai, UAE, SSS terkenal sebagai sebuah jenama yang memperjuangkan gaya hidup bersukan dan aktif di seluruh Timur Tengah dengan membawakan pelbagai jenama barangan sukan dan gaya hidup yang terkenal dan digemari.SSS menjanjikan pengalaman membeli-belah yang menakjubkan dan lancar sama ada secara fizikal atau atas talian.

Img 5283

Selepas melebarkan sayap ke pasaran Asia Tenggara dengan pembukaan dua cawangan di Singapura, SSS memilih Malaysia untuk melancarkan 2 butik terbaharu yang telah dibuka di Mid Valley, Pavilion Bukit Jalil dan akan datang di TRX!

Oh ye, sempena pembukaan cawangan SSS di TRX nanti, korang jangan lepaskan peluang sertai permainan ‘catch n win’ untuk menang voucher bernilai RM50 tau!

Img 9533 Img 9542

Acara Khas Sempena Pelancaran Rasmi

Bagi meraikan pembukaan ketiga-tiga butik SSS di Malaysia, sebuah acara dengan pelbagai aktiviti dan promosi menarik bakal diadakan di Mid Valley Centrecourt dari 3 Januari 2024 sehingga 7 Januari 2024.

Kalau korang ada berhampiran, bolehlah berkunjung ke acara yang akan berlangsung selama 4 hari ini dan sertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk menang sebahagian daripada voucher bernilai RM50,000 dan pelbagai hadiah menarik dan eksklusif dari SSS bermula dari 10 pagi sehingga 10 malam.

Selain itu, korang juga pasti akan menang sebahagian daripada RM35,000 berbentuk baucer bernilai RM 20 yang boleh digunakan di semua cawangan SSS dengan hanya menyertai permainan interaktif yang sedang dijalankan sebelum 31 Disember 2023 di laman mikro  Sun & Sand Sports.

600X400

Jadi tunggu apa lagi, tandakan kalendar korang dan kita jumpa di Mid Valley okay?

Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke laman mikro Sun & Sand Sports atau layari laman Instagram rasmi SSS.

Sumber: SSSports