Siapa yang dah tengok Munafik 2? Mesti lepas tengok korang rasa macam familiar kan sebab movie ni mengingatkan korang pada ajaran sesat Ayah Pin yang pernah menular dekat Malaysia satu ketika dulu.
Walaupun Ayah Pin ni dah meninggal dunia, namun, kisahnya masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia. Jom kita throwback sikit pasal Ayah Pin ni.
1. Bersekolah sampai darjah dua je
- Nama: Ariffin Mohamad
- Tarikh lahir: 22 Jun 1941
- Asal: Beris, Kelantan
- Pendidikan: Darjah 2
- Keluarga: Empat isteri dan 21 anak
Pada Disember 1997, Jabatan Agama Islam Terengganu isytiharkan ajaran Ayah Pin ni palsu dan sesat. Selain tu, dia pernah jalani hukuman penjara selama 11 bulan pada tahun 2001. Tapi lepas keluar penjara, lagi giat Ayah Pin memperluaskan ajarannya tu.
2. Gelar dirinya wakil Tuhan segala agama
Ayah Pin gelar dirinya wakil Tuhan segala agama serta pemimpin Kerajaan Langit. Pengikut-pengikut pun anggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala perbuatannya adalah berasaskan wahyu tersebut.
“Saya dilantik sebagai wakil kerajaan langit untuk memantau keadaan di atas dunia dan ditugaskan supaya memastikan ia selamat dan tiada sebarang sengketa sesama sendiri, baik yang beragama Islam, Kristian, Buddha dan Hindu.”
Bukan setakat orang Malaysia, orang luar negara dari pelbagai agama dan status termasuk golongan paderi dan sami pun turut menjadi pengikut setia serta menyanjung ajaran sesat ni.
3. Dakwa pernah tinjau keadaan dalam syurga dan neraka
Macam-macam ajaran sesat yang disampaikan Ayah Pin ni. Antara yang paling dahsyat:
- Mengaku pernah naik ke langit hingga aras ketujuh untuk tinjau keadaan syurga dan neraka. WOW!
- Mengaku pernah sertai sesi mesyuarat dengan malaikat, jin dan iblis. Katanya, mesyuarat tu dibuat sebelum jin dan iblis kembali ke bumi. Malaikat pula kekal di langit lepas meeting.
Antara ajaran sesat Ayah Pin yang lain ialah:
- Setiap kali sembahyang hendaklah beriktikad bahawa Ayah Pin berada di hadapan.
- Quran perlu dibakar dan abunya dilumur pada tubuh Ayah Pin.
- Nyawa manusia yang ada di atas muka bumi terletak ditangannya kerana dia memegang segala kunci-kunci akhirat.
- Kalau bersyair memuji-muji di atas nama Ayah Pin adalah lebih afdhal daripada berzikir dan bersembahyang.
4. Perkampungan Kerajaan Langit terletak di Terengganu
Ayah Pin ni bukanlah golongan yang bijak pandai, malah dia juga seorang yang buta huruf. Tapi dengan sokongan pengikut, dia berjaya bangunkan kawasan Kerajaan Langit.
Apa yang ada dekat kawasan Kerajaan Langit?
- Teko, pasu dan beberapa replika besar sebagai lambang kuasa Tuhan.
- Payung gergasi, replika kapal Nabi Nuh, makam Mohammad Ya dan macam-macam lagi.
- Semuanya ‘diamanahkan’ kepada dirinya untuk melindungi serta memayungi umat manusia.
- Kos pembinaan dianggarkan bernilai RM5 juta.
- Sekurang-kurangnya 4 rumah disewakan kepada pengikut yang datang dari jauh untuk bermalam.
5. Kejatuhan ajaran sesat Ayah Pin
Hampir 10 tahun beroperasi di Malaysia, akhirnya ajaran sesat ni berjaya dikesan oleh pihak berkuasa dan agama tempatan. Pengikut-pengikut Ayah Pin pun mula ditahan dan disiasat serta didakwa di mahkamah. Kawasan Kerajaan Langit pun turut dimusnahkan.
Tapi, Ayah Pin cuba tegaskan yang dia tak boleh dianggap sesat sebab dah isytihar dirinya murtad sejak 1998 lagi.
Hilang ‘sakti’ lepas jatuh sakit
Pada tahun 2012, Ayah Pin dilaporkan hilang ‘kesaktian’ selepas diserang angin ahmar dan lumpuh sebelah badan. Sejak tu, percakapannya tak difahami sebab mulutnya menjadi sedikit herot. Tapi, apa yang mengejutkan, dia tetap ada pengikut setia lepas dah jadi macam tu. Serious lahhhh…
Meninggal dunia disamping isteri
Ayah Pin dilaporkan meninggal dunia pada 22 April 2016 di rumah disamping isteri-isterinya, Che Jaharah, Rozilan Mokhtar dan Nik Kamariah Nik Pa. Isteri pertamanya, Che Minah Ramli pula telah meninggal dunia tiga tahun sebelum.
Amacam? Lebih kurang macam watak dalam movie Munafik 2 kan? Bagi yang dah tengok pastinya setuju dan bagi yang belum tengok, korang pi lah tengok dulu.
Jangan lupakan ajaran sesat yang pernah ada. Bukan untuk menyanjung mereka tapi untuk jadi pengajaran serta ingatan agar menjauhkan diri serta tidak terpedaya.
Baca: Betul ke Suku Kaum Batak Dalam Filem Dukun Wujud? Ini Apa Yang Kami Tahu