in

Pengarah Filem Iran Dibunuh Bapa Sendiri, Mayat Dikerat & Disumbat Dalam Bagasi Sebab Tak Kahwin Lagi

Pengarah Filem Iran Dibunuh Bapa Sendiri Mayat Dikerat Disumbat Dalam Bagasi Sebab Tak Kahwin Lagi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hanya kerana belum bernikah, seorang pengarah filem Iran maut selepas dibunuh dengan kejam dan mayatnya dikerat kepada beberapa bahagian sebelum disumbat ke dalam bagasi dan beg sampah oleh bapanya sendiri.


60A691D06A768 El Director De Cine Irani Babak Khorramdin Descuartizado A Manos De Sus Padres E1621664420408

Lapor DailyMail, insiden kejam itu didakwa berlaku selepas satu pergaduhan tercetus antara mangsa, Babak Khorramdin, 47, dan bapanya, Akbar Khorramdin, 81. Difahamkan, mereka bertikam lidah susulan status Babak yang masih belum berkahwin.

Babak yang merupakan graduan Fakulti Seni Halus dari Universiti Tehran pernah tinggal di London untuk menyambung pelajarannya sebelum pulang semula ke Iran untuk mengajar filem kepada pelajar-pelajarnya.

Difahamkan, Babak ada menerbitkan beberapa filem pendek semasa berada di London termasuk sebuah filem pendek bertajuk Crevice and Oath to Yashar yang mengisahkan tentang pengalaman dirinya berpindah ke negara lain dan berjauhan dengan keluarga.

Luggage 1645229 1920 E1621664908219
Gambar hiasan

Menurut Ketua Mahkamah Jenayah Tehran, Mohammad Shahriari, pihak berkuasa tempatan telah menemukan cebisan mayat Babak di dalam bagasi dan beberapa beg sampah di Ektaban, barat Tehran pada Ahad lalu.

Lapor National News, pihak berkuasa tidak mengambil masa yang lama untuk mengesan pembunuh Babak susulan bapanya telah mengaku menikam dan mengerat mayat anaknya selepas mangsa diberi makan makanan yang sudah bercampur ubat tidur.

Dalam pada itu, suspek turut mengaku dia telah membunuh anak perempuannya tiga tahun lalu dan menantunya 10 tahun lalu.

Susulan daripada pengakuan terbabit, kedua ibu bapa Babak telah ditahan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Kejadian kejam itu disifatkan sebagai pembunuhan kehormatan.

Sumber: DailyMail, The National News

Baca: Bapa Tikam Leher Anak Gadis Bertubi-tubi Kerana Tidak Restu Hubungannya Bersama Lelaki Beragama Islam

Bunuh Feature E1621661900385

Sumber: EditorJi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.