in

Pencemaran Air: Selangor Beri Peluang Kepada Pemilik Tanah & Kilang Haram Buat Proses Pemutihan Hingga Hujung Tahun Ini

Toksik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masalah pencemaran air yang baru-baru ini berlaku telah menyebabkan gangguan bekalan air di negeri Selangor yang agak serius. Bayangkan, hampir 4 hari mereka yang tinggal di Lembah Klang tak ada air… mesti ramai yang marah!


Pun begitu, masalah telahpun dapat diatasi dan punca kepada masalah tersebut sudah dihadapkan ke mahkamah.

Walau bagaimanapun, menurut Malaysiakini, kerajaan negeri Selangor akan memberi peluang kepada pemilik tanah dan kilang haram yang beroperasi tanpa kebenaran untuk buat proses pemutihan sampai hujung tahun ini.

20190209Ym07 Amirudin Shari Srikandi

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jika ada yang masih ingkar untuk buat demikian, kerajaan negeri takkan teragak-agak untuk robohkan struktur bangunan yang beri impak kepada pencemaran.

“Kami sudah beri tawaran untuk mereka (pemilik tanah dan kilang haram) pulihkan (jalankan proses pemutihan) sejak tahun 2008 lagi.

“Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terakhir pada 2018 memutuskan agar tindakan itu dipanjangkan sehingga 2020. Lepas 2020 kami akan ambil tindakan perobohan dan sebagainya.

“Tetapi kalau keadaan mendesak dan saya rasa kami boleh laksanakan lebih pantas menjelang bulan November atau Disember ini, ataupun awal tahun depan kami sendiri akan laksanakan secara menyeluruh proses pemutihan tersebut,” katanya.

60F07C88521939B6C679A7Aca2E05E6B

Dalam pada itu, Amirudin berkata yang beliau juga akan mempengerusikan Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor sebagai usaha kerajaan negeri mengurangkan impak pencemaran terhadap sumber air di Selangor.

“Kami juga akan melaksanakan usaha membersihkan kawasan sungai, pengosongan rezab-rezab sungai yang dibangunkan oleh infrastruktur dan bangunan yang tidak mendapat kebenaran,” katanya.

Kilang Air Selangor Sungai Gong Bernama 07092020 12

Pihak Amirudin juga berkata yang beliau menjunjung titah Sultan Sharafuddin semalam yang menitahkan pihaknya mengambil beberapa tindakan berhubung isu berkenaan kerana bimbang jika isu berterusan rakyat akan memberontak dan jejaskan keharmonian sosial.

So kita tunggu dan lihat sajalah apa yang jadi lepas ni… 

Baca: “Kami bayar bil & kami harapkan update setiap jam!” – Penduduk Lembah Klang Dah ‘Fed Up’ Dengan Masalah Air di Selangor

Awas

Sumber: Malay Mail
Sumber: Malaysiakini
Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.