in

Penantian 8 Tahun Berakhir, Malaysia Mara Ke Separuh Akhir Piala Thomas 2024

Beregu Malaysia Mara Separuh Akhir Piala Thomas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beregu lelaki nombor dua negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei semalam muncul wira apabila berjaya menghadiahkan mata kemenangan yang membawa Malaysia ke separuh akhir Piala Thomas yang sedang berlangsung kini.

Pasangan ranking ke-15 dunia ini berjaya mengalahkan pasangan Jepun yang berada di kedudukan ke-16 dunia, Akira Koga-Taichi Saito dalam pertarungan tiga set (18-21, 21-15, 21-12) pada aksi berlangsung di Pusat Sukan Chengdu, High-Tech Zone, China.


Kemenangan ini sekaligus membolehkan Malaysia meraih tiga mata untuk menyingkirkan Jepun 3-1.

Sjusdhworfo34Ufs 1714658328

Artikel berkaitan: Sanggup Bangun Jam 4 Pagi Untuk Berguru Dengan Misbun Sidek, Ramai Puji Disiplin 3 Pemain Badminton Thailand Ini

Artikel berkaitan: Penonton Badminton Bersorak Lepas Tengok Kehadiran Dato’ Lee Chong Wei Di Sukan Asia

Dalam pada itu, kemenangan ini juga menyaksikan Izzuddin-Sze Fei menamatkan badi kekalahan di tangan Koga-Saito selepas tewas dalam semua tiga pertemuan sebelum ini.

Walaupun tewas pada set pertama, naib juara Asia itu tetap memberi tentangan sengit apabila beberapa kali berjaya menyamakan kedudukan sebelum berakhir akan kekalahan 18-21.

Namun pasangan beregu ini bangkit dengan permainan yang lebih kemas di set kedua dan mencatatkan kemenangan 21-15 dan kemudian 21-12 pada set ketiga yang sekali gus membawa Malaysia mara ke separuh akhir.

Kejayaan ini menyaksikan Malaysia menamatkan kemarau lapan tahun untuk mara ke separuh akhir sejak kali terakhir pada edisi 2016 di Kunshan, China.

Kali terakhir skuad negara menjuarai Piala Thomas adalah pada tahun 1992 di Kuala Lumpur.

Di separuh akhir nanti, Malaysia bakal bertembung dengan China yang menewaskan India 3-1 dalam satu lagi aksi suku akhir.

Semoga terus sukses Sze Fei-Izzuddin di separuh akhir nanti! 

Sumber: BH

Sumber: BERNAMA
Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.