in

“Pemuda Perindu Syahid” – Ini 5 Sebab Zionis Israel Takut Sangat Dengan Briged Al-Qassam!

Briged Al Qassam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengeboman yang dilakukan oleh pihak Israel terhadap Gaza baru-baru ni telah menimbulkan amarah semua pihak sehingga HAMAS beri ‘lampu hijau’ buat Briged Al-Qassam untuk membalas serangan tersebut.


Namun begitu, tak ramai yang tahu sebenarnya Israel sangat takut dengan briged ini. Pelik kan? Israel bukan main hebat dari segi teknologi, persenjataan dan sekutunya US. Tapi kenapa gerun pulak dengan Al-Qassam ni?

Ini rahsia kekuatan Briged Al-Qassam sehingga digeruni zionis Israel. 

 

1. Keberanian Komando Darat Al-Qassam dalam melakukan pelbagai strategi peperangan

Briged Al-Qassam yang juga digelar sebagai ‘pemuda perindu syahid’ ini tidak gentar dengan peperangan. Sebahagian besar daripada kekalahan yang dialami tentera Israel ialah disebabkan operasi ketenteraan yang dilakukan Komando Darat Al-Qassam yang berani. Antara operasi suksesnya ialah: 

  • Ketika serangan hendap ke atas kem tentera Israel di Nahal Oz, skuad Komando Al-Qassam telah berjaya selinap masuk guna terowong rahsia dan taktik penyamarannya berjaya kelirukan musuh.
  • Pasukan Al-Qassam hanya ambil masa 2 minit untuk selesaikan misi, tak lepaskan tembakan secara rambang, tak musnah lokasi dan letupkan menara kawalan yang boleh tarik perhatian tentera Israel lain.
  • Penggunaan perangkap samar dan keupayaan letup kenderaan tentera musuh dengan guna alat kawalan jauh.

 

2. Tembus Israel dengan menggunakan ‘Komando Amfibia Al-Qassam’ 

Dalam keadaan Gaza yang sentiasa dikepung musuh, Briged Al-Qassam berjaya tembus negara haram Israel guna jalan laut dengan menggunakan skuad Komando Amfibia Al-Qassam. Taktik ni langsung tak dijangka oleh tentera zionis.

Dengan cara ini, mereka telah menjalankan beberapa operasi dengan menceroboh kem tentera Israel dan seterusnya melakukan serangan darat secara berdepan.

 

3. Ada teknologi roket baru R-160 yang mampu capai sasaran jauh 

Kalau Israel sangka mereka saja yang ada roket pengebom untuk memusnahkan Gaza, mereka juga tak tahu yang Al-Qassam mempunyai sejenis roket R-160 (Rantissi 160) yang memiliki jangkauan sasaran sehingga 160 km.

4. Hasil senjata penembak tepat ‘Ghoul’ buatan sendiri 

Senjata sniper yang diberi nama Ghoul ni katanya mampu menembak hingga jarak sejauh 2 km, sedangkan senjata sniper biasa hanya mampu pergi sejauh 1 km saja.

Lebih hebat, senjata ni dikatakan ada keupayaan penglihatan teleskopik iaitu boleh melihat sesuatu objek dari jauh.

5. Lancar pesawat tanpa pemandu

Sehebat namanya, Ababil ialah pesawat tanpa pemandu yang sarat dengan bahan letupan telah dilancarkan Al-Qassam ke ruang udara Israel tak lama dulu.

Al-Qassam kini sangat inovatif kerana boleh menghasilkan beberapa jenis pesawat udara tanpa pemandu, antaranya model A1A, A1B dan A1C yang boleh melakukan serangan Kamikaze iaitu letupkan diri sendiri dengan langgar lokasi sasaran.

Rasa wow kan bila baca kebolehan Briged Al-Qassam ni? Patutlah tentera Israel kecut perut dengan mereka. Admin doakan semoga kejayaan sentiasa menyebelahi mereka. Amin! 

 

Baca: “Hancurkanlah Israel Laknatullah!” – 70 Roket Dilancarkan Ke Gaza, Bandar Kini Diselubungi Asap Dan Api Marak!

Gaza Under Attack

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.