Kalau anda sering menggunakan khidmat mencuci baju di dobi layan diri, mesti anda tahu kan bahawa kita perlu menukar wang ringgit ke syiling token untuk menggunakan mesin cuci di kedai tersebut.
Dalam masa yang sama, ada juga kedai yang dah semakin canggih di mana kita boleh guna mesin secara cashless di mana kita boleh guna e-wallet atau kad debit untuk bayar servis mesin dobi tu.
Tapi untuk kedai dobi yang masih guna token, terpaksalah kita tukar dulu duit cash kepada token sebelum guna mesin.
Namun, ada individu ini pula telah menjual token atau coin dobi tadi dengan harga yang sangat murah iaitu serendah 28 sen untuk setiap keping di salah satu platform beli belah online.
Penjualan token dobi dengan harga yang murah itu dikatakan boleh menyebabkan kerugian kepada pengusaha kedai dobi.
Perkara ini telah dikongsikan oleh pengguna Twitter Syed Akramin baru-baru ini.
Dekat Shopee ada orang jual coin dobi serendah 28 sen sekeping. Total jualan melebihi 73k. Bayangkan kerugian yang dialami oleh pengusaha dobi. Saya cadang agar pengusaha dobi tukar kepada cashless method i.e QR code. pic.twitter.com/fkROAl3yUp
— Roman Akramovich (@SyedAkramin) February 17, 2023
Dalam perkongsian tersebut, dapat dilihat bahawa penjualan token atau coin dobi itu telah mencecah lebih 70 ribu keping.
Difahamkan, token yang dijual itu juga boleh digunakan untuk bermain permainan di pusat permainan arked.
Rata-rata netizen mengatakan perbuatan membeli coin dobi dengan harga yang murah itu tidak baik dan ada yang menyamakannya seperti mencuri.
Namun, ada juga warganet yang bersangka baik, mungkin token-token yang dijual itu sebenarnya dibeli oleh pemilik kedai dobi. Boleh jadi jugak tu kan.
Selain itu, ada pula netizen yang mengatakan bahawa setiap kedai dobi menggunakan coin yang berbeza-beza, jadi tak semua coin yang dibeli secara borong di kedai online boleh digunakan di semua kedai dobi.
Warganet yang lain pula mencadangkan agar semua kedai dobi layan diri akan membolehkan pelanggan membayar dengan kad debit, paywave atau QR Pay kerana kaedah-kaedah ini lebih dipercayai berbanding penggunaan token atau penukaran syiling tadi.
Apa pula pendapat korang tentang isu token dan coin dobi ini?
Sumber: Twitter @SyedAkramin
Baca: “Nak pergi mana tu?”- Wanita Bingung Mesin Basuh Bergerak Sendiri Macam Nak Lari Dari Rumah