Kalau keluarga korang pernah atau masih guna mesin cuci baju semi automatik, mesti tahu kan betapa seksanya nak basuh pakaian guna mesin ni sebab ia suka bergerak-gerak dan bergegar ketika digunakan.
Namun, nampaknya mesin jenis automatik pun suka buat hal sebab ada seorang wanita di Thailand yang bingung dengan mesin cucinya yang bergerak sendiri di dapur macam nak lari dari rumah.
Menurut The Smart Local, wanita yang dikenali sebagai Nann Ptc telah berkongsikan video mesin cucinya yang enggan duduk diam ketika sedang membasuh pakaiannya di Facebook baru-baru ini.
https://www.facebook.com/nann.patticha/videos/1263829484028810
Dapat dilihat dalam video yang berdurasi 15 saat itu bahawa mesin cuci jenis front load itu ‘berjalan’ keluar dari ruang khas tempat laundry di dapur rumahnya.
Difahamkan, wanita tersebut ada bertanya di media sosial bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah itu. Namun, apa yang menarik perhatian ialah rata-rata netizen terhibur dengan ‘gelagat’ mesin basuh yang seakan kanak-kanak yang mahu lari dari rumah.
Nasib baik ada netizen yang baik hati kongsikan cara yang betul untuk elakkan mesin cuci daripada berjalan atau bergerak. Katanya, kena buka tiga biji skru yang terdapat di belakang mesin tu, barulah ia akan duduk diam-diam ketika mencuci baju.
Selain itu, laman web Apartment Therapy pula mengatakan mesin boleh berjalan jika beban pakaian yang dicuci tidak diagihkan dengan sama rata, jadi mesin akan berpusing secara tidak rata. Hasilnya, ia akan bergegar.
Mesin basuh korang ada ke yang buat cubaan lari dari rumah jugak macam ni?
Sumber: The Smart Local, Facebook Nann Ptc