Ini bukanlah isu perkauman, cuma apa yang dibahaskan oleh peguam muda Lim Wei Jiet memang benar-benar menarik perhatian kita semua.
Pendapat ini keluar daripada kaum Cina sendiri, baginya ia adalah satu perbuatan yang tak profesional jika ada orang-orang berbangsa lain dalam satu conversation tu.
Ia sangat pelik, kurang ajar dan membuatkan orang rasa tersisih
Korang pernah tak alami situasi apabila sedang berada dalam work discussion, meeting atau sedang berbual masa lunch, tiba-tiba akan ada orang bertutur menggunakan bahasa ibunda sesama sendiri.
Pasti kita rasa tak selesa kan? Lebik-lebih lagi kalau mereka tergelak. Sudah semestinya kita dah mula rasa kurang senang dan rasa terpinggir.
Memang betul kata peguam ni, ia memang nampak rude.
Very heartened by d responses – mostly bad experiences, which is sad in Msia.
To Chinese Msians, I know we instinctively use mother tongue.
But pls be mindful of others, use BM or English even if 1 non-Chinese is around, & practice common decency. It isn't that hard u know.
— Lim Wei Jiet (@lim_weijiet) May 10, 2019
Disebabkan itu posting tersebut jadi viral dan ramai yang sokong dengan kenyataannya itu. Tweet ni raih hampir 10,000 retweets. Ramai juga yang memberikan luahan dimana mereka alami situasi sedemikian rupa.
Tbf, there r many stories of how Chinese friends have spoken up or, at least, helped to translate. Many realise dis is wrong.
But dis can't go on. We need a big shift in our education system & work culture. Any Msian shouldn't feel excluded when talking 2 each other in 2019.
— Lim Wei Jiet (@lim_weijiet) May 12, 2019
Netizen dari berbilang kaum juga kena perkara yang sama berhadapan dengan sikap manusia yang dianggap tak sensitif ini.
Sangat tak sensitif dan sangat biadap – Netizen
Apa pun ini hanyalah pendapat dia sahaja, dan pendapat itu memang diterima pakai oleh netizen. Hurm, cakap pasal isu ni kan…
Admin teringat ada satu tempat ni, cakap senyum-senyum depan kita tapi bila ‘partner in crime’ dia datang sibuk mengumpat pasal kita guna bahasa dia, dalam meeting pun cakap bahasa tu sampai staff lain jadi blur.
Baca : “Kawan Cina & India masakkan sahur” – Kagum Tengok Rakan Berlainan Bangsa Lelaki Ini Raikan Puasa