in

“Kawan Cina & India masakkan sahur” – Kagum Tengok Rakan Berlainan Bangsa Lelaki Ini Raikan Puasa

Netizens Hearts Warmed By Multiracial Malaysian Friends Breaking Fast Together World Of Buzz 768X404

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terharunya kalau dapat kawan macam ni, biarpun berlainan kaum mereka tetap hormat malah meraikan sekali untuk membantu rakan-rakan mereka yang beragama islam.

Tweet yang di muat naik masa hari pertama Ramadan (6 May) lepas viral pasal kawan-kawan yang berlainan kaum menyediakan sahur untuk rakan mereka yang bakal berpuasa.


Pemuda 22 tahun, Farid Hanip ada lampirkan sekali gambar-gambar rakan-rakannya yang berbangsa Cina dan India menyediakan juadah tersebut. Difahamkan, menurut World Of Buzz mereka semua sedang bercuti di Pattaya, Thailand.

 

Kawan Cina dan India saya masakkan sahur untuk saya

Pilot

Pilot4

“Kitaorang sama-sama pergi ke pasar untuk beli bahan-bahan macam sosej, mee segera dan masak bersama-sama waktu sahur”

Kemudian, Farid dan kawan-kawannya Daniel Dhevaraj, 23, Kishen Nair, 22, Mah Jin Hour, 22 dan Chen Wei Kiat, 30 dimana mereka semua mula berkenalan masa belajar ni Malaysian Flying Akademi di Melaka pada Oktober 2015 pun buka puasa bersama.

Pilot2 Pilot3

 

 

Kami berbuka sekali

Pilot5

“Kawan saya tak puasa pun tapi mereka hormat saya. Kalau nak minum depan saya pun minta kebenaran diri”.

Ya lah dah rapat dari tahun 2015 sampai 2017 kot. Mestilah dah mula faham kan?

Pos ini telah meraih lebih daripada 100K retweets dengan reaksi positif daripada netizen. Mereka memuji sikap rakan-rakan Farid yang menunjukkan keharmonian dan peraduan dalam persahabatan tanpa mengira kaum.

” Saya pos cuma nak suka-suka je, tak sangka pula jadi viral. Bila melihat komen-komen positif mereka saya rasa tak sangka. Rakyat Malaysia patut sedar bahawa kita semua kena bersatu “

Rasa terharu bila dapat kawan macam ni kan?

Baca : Masih Ragu & Tak Jelas Hukum Hakam Sewaktu Bulan Puasa? Meh Baca Perkongsian Bermanfaat Ni!

Puasaa

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.