31 Ogos baru-baru ini telah berlangsungnya Sambutan Hari Kebangsaan ke-66. Dengan tema Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan, sambutan kali ini diadakan di Dataran Putrajaya.
Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia telah hadir ke Dataran Putrajaya bagi menyaksikan sendiri perarakan pertunjukan aset negara ketika sambutan itu. Ada beberapa perkara yang menjadi perhatian netizen ketika sambutan itu berlangsung, termasuklah video yang min nak kongsi dengan korang ni.
Dalam video ni, kelihatan seorang tentera komando menyerahkan ‘patch’ kepada penonton kanak-kanak. Korang boleh tengok video @GengKNegara di bawah.
Terima serah tugas kepada pelapis akan datang ?
Salute bro ? pic.twitter.com/8esjfrinf9
— GengKeselamatanNegara (@GengKNegara) September 1, 2023
Pelapis masa hadapan
Terima kasih abang askar. Selain jaga sempadan negara, turut menggembirakan hati askar cilik tu. Min kalau jadi adik tu, memang seronok betul lah. Hilang segala penat tunggu lama-lama sebab dapat patch dari komando.
Betul. Kalau masa-masa biasa mana adanya nak nampak komando kan. Mungkin ada pun kita tak kenal sebab dia tak pakai uniform.
Kann.. mesti seronok betul tu. Siap berdiri nak tengok askar. Pastu dapat pulak patch tu.
Patch tu min rasa banyak je untuk askar. Tapi bila abang komando tu bagi dekat adik tu memang cukup bermakna lah. Kalau ada, min pun nak gak satu.
Moga-moga adik tu menjadi orang yang berguna suatu hari nanti. Kalau dapat jadi askar, semoga bertugas dengan baik.
Baca: “Rezeki dekat tempat lain” – Viral Dimarahi Cikgu Kerana Bersolek, Adik Ini Teruja Dapat Jumpa YDPA