in

“Rezeki dekat tempat lain” – Viral Dimarahi Cikgu Kerana Bersolek, Adik Ini Teruja Dapat Jumpa YDPA

Ammara Ydpa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Musim merdeka kali ini, kita dapat lihat banyak acara pakaian beragam di sekolah-sekolah, telatah adik-adik yang bersekolah rendah serta tadika menambat hati ramai netizen.


Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video di mana seorang kanak-kanak perempuan didakwa telah dimarahi oleh gurunya gara-gara memakai alat solek (make up) ke sekolah bersempena sambutan hari kemerdekaan.

Adik yang dikenali sebagai Ammara itu sebelum ini menjadi perhatian netizen kerana dia kelihatan trauma selepas semua make up yang dipakainya ditanggalkan oleh seorang guru sekolah. Bapanya turut berasa kecewa dengan insiden tersebut.

Namun, benar kata orang ada pelangi selepas hujan apabila adik Ammara berpeluang bertemu dengan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika sambutan hari merdeka di Putrajaya semalam.

@shazliey1

Allahuakbar…mengigil papa hari ni Ammara…!!!! Ampun Tuanku… KDYMM Seri Paduka Yang di Pertuan Agong perkenan mencemar duli turun dari kenderaan rasmi apabila nampak Ammara melambai-lambai sewaktu baginda ingin berangkat pulang dari menyaksikan perbarisan sempena hari kemerdekaan di Putrajaya.. #AmmaraJumpaAgong #AgongJumpaAmmara #ammarakesya #ammaraviral #kanakkanakviral #AmpunTuanku #HariKemerdekaan #merdeka #ammara #bajuammaraviral #kisahammara #ammaratiktok

♬ Bahagiaku Sederhana – Jamik Jams & Feat Rangga & Ayena Prowind

Dalam video TikTok yang dikongsikan oleh bapanya @shazliey1 itu, kanak-kanak itu kelihatan gembira ketika dapat bertemu dengan YDPA, malah pengiring Tuanku dilihat memberitahu insiden yang terjadi kepada kanak-kanak itu.

“Allahuakbar, mengigil papa hari ni Ammara! Ampun Tuanku.

KDYMM Seri Paduka Yang di Pertuan Agong perkenan mencemar duli turun dari kenderaan rasmi apabila nampak Ammara melambai-lambai sewaktu baginda ingin berangkat pulang dari menyaksikan perbarisan sempena hari kemerdekaan di Putrajaya,” tulisnya di kapsyen.

“Rezeki di tempat lain” 

Video yang dikongsikan oleh bapa Ammara itu sudah pastinya menarik perhatian netizen, lebih-lebih lagi ramai yang sudah tahu tentang insiden yang berlaku ke atasnya.

Cats

Wah rezeki adik ni!

Baca: Teruja Gayakan Baju Tradisional Ke Sekolah, Bapa Dakwa Anak Trauma Dimarahi Cikgu Sebab Pakai Makeup

Ft Ammara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.