in

Pelajar Dikacau Secara Seksual Di Sekolah, Tapi Sekolah Kesiankan Cikgu Tu!

Cikgucabul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni dah jadi macam biasa pula kita dengar budak-budak sekolah kena gangguan seksual.


Tapi yang lagi sakit hatinya tu, diorang ni diganggu oleh insan yang kita panggil cikgu. Penat-penat orang hantar anak ke sekolah untuk belajar, lain pulak diorang ni buat.

Bila nak report, sekolah kata “Kesian, dah nak pencen”

Dalam kes terbaru ni, seorang pengguna Twitter mendedahkan kisah sepupunya yang diganggu secara seksual oleh gurunya yang berusia 50 tahun di sekolah sendiri.

Tapi bila ayahnya nak report kepada polis, sekolah kata “Kesian!”

Cikgu 3
sumber: twitter

Cuma sebab cikgu tu dah tua, sekolah rasa kesian nak buat report. Ape benda oi!

Rupa-rupanya, banyak kes jadi macam ni sebab nanti akan bagi kesan kepada KPI atau Petunjuk Prestasi Utama sekolah.

Cikgu 4
sumber: twitter

Cikgu naik pangkat jadi guru disiplin

Dan menerusi respon-respon diberikan oleh netizen lain, nampaknya kejadian diganggu secara seksual oleh cikgu di sekolah dah jadi satu isu biasa dalam masyarakat kita.

Lagi best, ada kes yang cikgu tu siap naik pangkat jadi guru disiplin!

Cikgu 6
sumber: twitter
Cikgu 7
sumber: twitter
Cikgu 8
sumber: twitter

Masalahnya, bukan ke fungsi cikgu ialah untuk mendidik, melindungi dan menjadi orang kepercayaan kepada kanak-kanak selain ibubapa sendiri bila tak berada dalam kawasan rumah?

Bak kata pendedahan di Twitter ni, betul ke Malaysia dah jadi sebuah negara yang simpati kepada perogol dan pedofilia?

Sampai bila kita nak biar anak-anak kita disuruh diam bila mereka dicabul?

Baca: PPD Cuba Tutup Kes Dera, Gangguan Seksual di Sekolah Tamil?

Sekolah Tamil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.