in

PPD Cuba Tutup Kes Dera, Gangguan Seksual di Sekolah Tamil?

11 5 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kenapa nak tutup kes-kes macam ni?!


Hari tu kecoh pasal sebuah IPTA yang khabarnya cuba nak tutup kes siswi kena rogol dengan pak guard sebab nak jaga nama baik, this time ada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) pula didakwa cuba nak tutup kes dera dan gangguan seksual di sekolah Tamil.

Menurut Malaysiakini, Majlis Lembaga Sekolah-sekolah Tamil di Malaysia (MAST) mendakwa isu dera dan serangan seksual di sekolah Tamil ni dah jadi perkara biasa sebab gagal ditangani dengan cekap oleh Kementerian Pendidikan.

Photo
sumber: blog

Presiden MAST Guruu Ramasamy mendakwa bahawa PPD sering kali merahsiakan kes-kes yang macam tu.

“Ramai yang terkejut dengan laporan sebuah sekolah Tamil di Pengkalan Hulu, Perak apabila tiada tindakan oleh Kementerian Pendidikan walaupun sudah ada tujuh laporan polis berkenaan isu dera dan gangguan seksual sejak 2016.”

“Walaupun jumlah kes dera dan gangguan seksual di sekolah peringkat rendah masih tidak tinggi berbanding sekolah menengah, ia perlu dihalang dengan segera.”

11 5
sumber: malaysiakini

Ramasamy mendakwa dia sendiri dah menyiasat salah satu kes dan mendakwa ramai ibu bapa dan bekas guru tampil memberikan maklumat namun “masih tiada tindakan oleh pejabat pendidikan”.

“Lebih mengecewakan, dua guru yang sering didakwa memukul pelajar kini dinaikkan pangkat ke sekolah lain.”

Menurut Ramasamy, itu hanyalah satu contoh daripada banyak lagi kes seumpama itu yang pernah berlaku. Langkah menukar guru ke sekolah lain pula katanya hanya sekadar jalan mudah yang diambil pejabat pendidikan.

22 3 1
sumber: lobak merah

“Cuba lihat kes gangguan seksual oleh ketua cawangan MIC yang kemudian meletakkan jawatan sebab menawarkan pekerjaan kepada seorang pelajar dengan syarat pelajar itu mengadakan hubungan seksual dengannya.

“Setahu kami, dia yang juga guru di sebuah sekolah Tamil hanya ditukar ke pejabat pendidikan.

“Kebanyakan masa, kes ini dirahsiakan oleh pejabat pendidikan dengan mendesak ibu bapa menarik balik laporan, termasuk laporan polis.”

Apa benda lah nak sorok kes-kes serious macam ni semata-mata nak jaga nama baik cikgu lah, nama baik sekolah lah. Habis siapa nak bela nasib pelajar kalau macam tu?!

Baca: IPTA Tutup Kes Siswi Dirogol Pak Guard, Nak Jaga Nama Baik?

Sadaads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.