in

“Patutlah tak sedap hati tadi ” -[Video] Vokalis Floor 88 Jatuh Rebah Masa Tengah Buat Konsert

Pengsan8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedang seronok menikmati persembahan, tiba-tiba pononton terkejut apabila melihat Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie tiba-tiba jatuh pengsan dan tak sedarkan diri.


Kejadian berlaku ketika dia sedang menyanyikan lagu Aqilah untuk Konsert Gempak Negeri FM yang dianjurkan oleh stesen radio dari Seremban malam semalam.

Menerusi Instagram, mereka memohon maaf kepada penonton yang hadir kerana tidak dapat meneruskan pesembahan mereka

 

Kami Floor88 ingin memohon maaf kerana tidak dapat meneruskan persembahan di Konsert Gempak @negerifm . Kami akan update progress penuh tentang kesihatan @ayieelhamf88 . Terima kasih pada yg hadir dan tidak putus mendoakan kesihatan @ayieelhamf88

Syarikat rakaman Floor 88, Rusa Music menjelaskan bahawa Ayie kini dalam keadaan baik dan stabil, dia pengsan akibat keletihan.

Tambahan pula, mesin asap yang disemburkan diatas pentas itu buatkan Ayie tak tahan. Lapor mStar.

Ketika persembahan, ada netizen menjelaskan dapat dilihat keadaan Ayie seperti tidak bermaya ketika melakukan persembahan. Sampai ada peminat yang dah rasa tak sedap hati.

 

Patutlah rasa tak sedap hati tadi – Netizen

Pengsan Pengsan2 Pengsan3 Pengsan4

Terkini, Ayie dikatakan masih lagi di Negeri Sembilan dan akan pulang ke KL dalam masa terdekat, dia hanya perlu berehat sahaja.

 

Baca : “Dah jatuh, lepastu kena tendang dekat muka” – Pesilat Negara Dikejarkan Ke Hospital Lepas Pihak Lawan Tertendang Muka Sampai Pengsan

Pesilat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.