Sekarang sedang berlangsung Sukan SEA kali ke 30 di Filipina dan pasukan Malaysia mensasarkan 70 pingat emas pada temasya kali ini.
Baru-baru ni, viral video berdurasi 1 minit 8 saat yang menunjukkan atlet pesilat negara yang kena tendang dekat bahagian muka oleh pihak lawan dari filipina itu sendiri.
Dah jatuh brader tu, disepaknya lagi muka.
Bukan main kau punya lagak. Bukan main. pic.twitter.com/tn54JCDILM
— RimauXI 🇲🇾 (@RimauXI) December 3, 2019
Pesilat negara yang dikenali sebagai Faizul Nasir pada ketika itu sedang beraksi menentang lawannya dari Filipina yang dikenali sebagai Dines Dasig Dumaan.
Kejadian itu berlaku semasa perlawanan pusingan kedua, di mana Faizul yang ketika itu sudah terjatuh namun masih kena tendang di bahagian kepalanya oleh pihak lawan dan dia yang kesakitan terus memegang kepala dan hanya terbaring dekat atas gelanggang.
Menurut video berkenaan, pasukan perubatan juga lambat bertindak kerana menganggap Faizul masih mampu meneruskan perlawanan dan hanya bertindak selepas kiraan detik berakhir.
Jurulatih pesilat negara kelihatan kesal dan marah dengan tindakan lambat oleh pasukan perubatan yang bertugas.
Faizul kemudiannya dikejarkan ke hospital kerana keadaannya yang semakin membimbangkan.
Menurut Steven Sim Chee Keong, dia, Puan Nurul Huda, Timbalan ketua kontijen negara (CDM) dan beberapa pegawai dari Majlis Sukan Negara (MSN) telah melawat pesilat negara itu dan keadaan Faizul semakin pulih dan dia juga sudah sedar dari pengsan.
Kejadian yang menimpa pesilat negara itu secara tidak langsung menaikkan kemarahan netizen yang menggesa supaya kemenangan atlet Filipina itu dipersoalkan.
Admin harap Faizul cepat sembuh dan perkara ni tidak mematahkan semangat dia untuk terus beraksi sebagai pesilat negara.