Selepas insiden ‘dewan tak siap’ semasa sesi sidang media Sukan SEA 2019 di Filipina, acara sukan ini sekali lagi ‘buat hal’ katanya lepas pasukan bola sepak dari Indonesia secara tak sengaja telah termakan khinzir di sana.
Menurut CNN Indonesia, pemain bola sepak dari negara seberang tu telah termakan daging babi di Filipina kerana tiada informasi jelas dari pihak penganjur mengenai makanan di sana. Allah… tak pasal-pasal termakan babi!

“Sampai sekarang mereka tak tangani masalah informasi dengan baik”
Menurut pegawai media bagi team Indonesia, Gatot Widakdo, pihak penganjur katanya sampai sekarang masih belum dapat menangani masalah informasi dengan baik dan tak pisahkan makanan yang halal dan haram di sana.
“Sampai sekarang mereka belum menangani informasi dengan baik. Jadi kami harap di hari-hari mendatang mereka bisa memperbaiki hal ini untuk memisahkan makanan halal dan non-halal,” katanya.

Pihak Singapura sendiri juga pada masa yang sama telah mengirim surat aduan kepada Phillippine Southeast Asian Games Organizing Committee (PHISGOC) berhubung beberapa masalah lain seperti pengangkutan, akreditasi dan kurangnya makanan halal.
Malah tak cukup dengan tu, team floorball dan netball Singapura juga katanya terpaksa beli makanan sendiri untuk kurangkan risiko termakan makanan tidak halal bagi mereka yang Muslim.
“Patutlah power lawan Thailand!”
Berita yang viral di Twitter ini walau bagaimanapun tidak mendapat kecaman tetapi ada pulak yang sempat berjenaka kononnya kerana insiden ‘makan daging babi’ inilah yang menyebabkan team Indonesia menang 2-0 dengan Thailand. Pulakkk!

Diharapkan pihak penganjur lebih peka lah tentang isu makanan di SEA Games 2019 kali ni ye. Takut pulak kalau team Malaysia termakan babi ke nanti. Haih!