Macam yang kita tahu, acara Sukan Asia Tenggara (SEA) akan di diadakan pada dua tahun sekali. Sebelum ni, negara Malaysia menjadi tuan rumah bagi acara Sukan SEA pada tahun 2017 bertempat di Kuala Lumpur dan menerima lebih kurang 4646 orang atlet dari negara-negara Asia Tenggara.
Pada tahun ini acara sukan tersebut akan berlangsung sekali lagi dan kali ini Philippines menjadi tuan rumah.

Namun begitu, baru-baru ni tular di laman Twitter mengenai sebuah video berdurasi 13 saat menunjukkan keadaan sebuah dewan yang masih belum siap sepenuhnya digunakan untuk sesi sidang media bagi acara sukan SEA 2019.
Kau tengok tempat sidang media Sea Games kat Filipina ni. Game dah start pun ada orang bertukang lagi woi. Filipina Sea Games is a Scam! #SEAGames2019 #SEAGames2019fail pic.twitter.com/dbZS19u5cj
— ANJANG🇲🇾 (@t0k_anjang) November 25, 2019
Menurut @t0K_anjang, individu yang memuat naik video ini, sidang media tersebut di lakukan dalam sebuah bangunan yang masih belum siap sepenuhnya dan masih ada pekerja yang masih sibuk bertukang bagi menyempurnakan dewan tersebut.


Ada juga netizen yang berkata, dewan tersebut kelihatan seperti bangunan usang yang ditinggalkan dan tidak sepatutnya dijadikan tempat untuk sidang media.

Nampaknya memang tak siap lagi dewan tu. Tapi kenapa penganjur masih nak guna ye? Mungkin mereka dah takda option lain kot. Kita doakan sahaja lah, supaya acara sukan ni berjalan dengan lancar sampai lah majlis penutup.