Syarikat NGO Ini Nak Saman Jabatan Bomba Pasal Kematian 6 Anggota, Ini Alasannya!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Pertubuhan bukan kerajaan, Jawatankuasa Bertindak Suara Rakyat, merancang untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap Jabatan Bomba dan Penyelamat berhubung dengan kejadian yang menyaksikan enam anggota bomba lemas ketika misi menyelamat di sebuah kolam perlombongan Taman Putra Perdana.

Tujuan saman untuk bantu keluarga enam anggota bomba tersebut

Sumber : FMT News

Pengerusi NGO tersebut, Tony Tan, berkata hasrat mereka adalah untuk mendapatkan pampasan bagi membantu keluarga enam orang anggota bomba tersebut.

Tambahnya lagi, mereka telah melantik firma undang-undang yang diwakili oleh Datuk Kamarudin Ahmad bertujuan untuk mendapatkan pampasan yang setimpal untuk bantu nasib keluarga mereka.

Tambahnya kepada NST, kematian anggota itu memberikan impak pada keluarga mereka dari pelbagai aspek termasuklah hilang sumber pendapatan dan terpaksa keluar daripada kuaters kerajaan.

“Ini adalah inisiatif kami untuk memastikan bahawa keluarga menerima pampasan yang mencukupi, kerana kebanyakan keluarga mempunyai anak.

“Kami akan bertemu dengan keluarga-keluarga ini tidak lama lagi dan jika mereka bersetuju, kami akan meneruskan dengan tuntutan itu,” katanya.

Saman Jabatan Bomba & Penyelamat dan Kementerian Dalam Negeri kerana kecuaian – Peguam

Sumber : Astro Awani

Sementara itu, Datuk Kamarudin Ahmad berkata, mereka merancang untuk menyaman Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Kementerian Dalam Negeri kerana kecuaian. 

Tambahnya lagi, ia bertujuan untuk memberi pesanan kepada pihak berkuasa agar dapat mengelakkan sebarang pengulangan tragedi lagi.

“Setiap keluarga harus menerima hak pampasan sebanyak RM500,000 untuk memastikan kualiti hidup mereka tidak terjejas kerana mereka kehilangan bukan sahaja suami dan bapa mereka tetapi juga sumber pendapatan.

“Buat masa ini, kecuaian serta taktik yang mungkin lemah adalah faktor utama di sebalik tuntutan mahkamah. Mereka boleh menangguhkan carian seketika kerana keterlihatan yang lemah, kekurangan gear yang betul, dan air yang bergerak pantas.

“Oleh itu, berdasarkan dasar kemanusiaan, kami menawarkan pro bono perkhidmatan undang-undang kami supaya keluarga menerima apa yang betul,” katanya.

Rabu lepas, enam anggota bomba tenggelam semasa operasi mencari dan menyelamat di kolam perlombongan Taman Putra Perdana di Puchong. 

Mangsa korban ialah Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25 Yahya Ali, 24; Adnan Othman, 33; dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Mereka cuba mencari seorang lelaki berusia 17 tahun yang hilang apabila tragedi itu berlaku. Tragedi tersebut telah mencetuskan perdebatan yang hangat dan mencetuskan pertanyaan mengenai prosedur menyelamat jabatan.

Baca : “Mak nanti kita berbual lagi..ada tugasan sikit” – Panggilan Terakhir Ahli Bomba Sebelum Pergi

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.