in

“Passport kita pun tak iktiraf negara tu” – Israel Jadi Tuan Rumah Miss Universe 2021, Netizen Minta M’sia Tarik Diri

Collage 42

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam tadi, Instagram rasmi Miss Universe telah mengumumkan bahawa pertandingan ratu cantik dunia, Miss Universe 2021 bakal diadakan di Ilyat, Israel.


Pertandingan ratu cantik dunia yang telah pun memasuki edisi ke-70 ini dikatakan bakal diadakan pada Disember 2021 nanti.

“Umum withdraw secara rasmi. Passport kita pun tak recognize Israel”

Ekoran pengumuman yang dibuat oleh Miss Universe ini, ramai netizen terutamanya di Malaysia telah menyatakan rasa tak setuju mereka dengan lokasi pilihan ini.

Malah, ramai juga yang mencadangkan agar organisasi Miss Universe Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi menarik diri dari pertandingan ini.

Screenshot 2021 07 21 At 11.52.16 Am Down 1

#BoycottMissUniverse

Bukan sahaja Malaysia, malah tanda pagar #BoycottMissUniverse turut dilancarkan di Twitter dan disokong oleh ramai netizen di negara lain yang merasakan tindakan penganjur memilih Israel untuk menjadi tuan rumah seperti menyokong kekejaman yang berlaku di Palestin.

Screenshot 2021 07 21 At 12.12.33 Pm Down

Betul juga tu, macam mana nak sertai pertandingan kalau passport kita pun tak iktiraf negara Israel.

 

Baca: Isu Ratu Cantik Tumbuk Polis Di Federal Highway, Warganet Dah Tahu Siapa Individu Dimaksudkan?

Screenshot 2021 07 21 At 12.19.18 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.