in

Isu Ratu Cantik Tumbuk Polis Di Federal Highway, Warganet Dah Tahu Siapa Individu Dimaksudkan?

Fi Ratuu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh semalam apabila berita tentang bekas ratu cantik Malaysia ditahan selepas dia bertindak menumbuk pihak polis serta selepas merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Federal Highway.


Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi semalam, di mana wanita berusia 28 tahun itu bertindak agresif kerana dipercayai mabuk.

Ratu 5

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid, wanita berkenaan memandu bersama rakannya dan ketika tu mereka datang dari arah Kuala Lumpur dan menghala ke Petaling Jaya.

“Namun sebaik tiba di SJR Lebuhraya Persekutuan, suspek tidak memberhentikan kenderaan dan merempuh sekatan berkenaan,

“Susulan itu, anggota kereta peronda polis (MPV) mengejar kenderaan suspek sebelum berjaya menahannya,” katanya menurut Harian Metro.

Tambahnya lagi suspek telah bertindak menumbuk anggota polis semasa cuba ditahan, dan dibawa ke balai untuk tindakan lanjut.

“Turut cedera adalah rakannya akibat dipukul suspek yang dipercayai mabuk. Wanita berkenaan berjaya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.

“Suspek kini ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26 (2) Akta Polis, Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

Menurutnya lagi, wanita tersebut dan rakannya disahkan positif ganja selepas melihat hasil saringan awal ujian air kencing.

 

Netizen dapat syak siapa Ratu Cantik dimaksudkan?

Kesinambungan daripada kejadian itu, netizen mula berteka-teki siapa individu dimaksudkan selepas merujuk kepada klu bahawa suspek berusia 28 tahun.

Antara nama yang disebut-sebut ialah Brynn Lovett, iaitu Miss World Malaysia 2015 yang dilahirkan pada 28 Februari 1993. Walaupun ramai yang buat andaian, bahawa dia adalah ratu cantik dimaksudkan sebab kebetulan umurnya adalah 28 tahun. Namun ia nya dilihat tak betul sama sekali.

Ratu 2

Menurut sebuah portal hiburan, Brynn ada memuat naik story di Instagramnya menyatakan bahawa dia baru saja dapat suntikan dos keduanya dan sedang berehat di rumah.

Ratu 3

Ratu 4

Siapa agaknya ratu cantik dimaksudkan tu eh?

 

Baca : Tak Sampai Berapa Minit Diumumkan Sebagai Pemenang, Takhta Ratu Cantik Ditarik ‘On The Spot’ Sebab

Foot Ratu

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.