Berikutan dengan penahanan pasangan pelawak susulan dengan persembahan komedi di Kuala Lumpur bulan lalu, pasangan tersebut kini sedang memohon dana awam untuk kumpul RM 40,000 sebagai bayaran untuk ikat jamin.
Menerusi malaysiakini, peguam kepada Siti Nuramira Abdullah, 26, dan Alexander Navin Vijayachandran, 38 menyatakan bahawa mereka terpaksa menggunakan kaedah tersebut susulan dengan kekangan kewangan.
Baru ada RM 3,000
Kata R Sivaraj lagi, setakat ini mereka hanya berjaya mengumpulkan RM 3,000, ia hasil sumbangan peguam, NGO dan orang awam.
“Mereka ada simpanan dalam bank, tetapi mereka di penjara, jadi mereka tidak dapat akses kepada akaun masing-masing.”
“Jiran mereka (yang menjadi penjamin) juga berkata tidak dapat buat apa-apa, mereka mahu keluarkan menggunakan kad kredit tapi mereka tidak tahu nombor pin.”
Setakat ini, kata peguam, mereka masih mencari platform yang sesuai bagi memudahkan memulangkan semula sumbangan penderma, selepas kes selesai.
Baca : Nama Terpalit Dengan Pasangan Komedi Hina Islam, David Arumugam Nafi Kenal Amy & Alex