Kalau difikir secara logiknya, mana-mana ibu bapa pun kalau anak mereka sakit, mereka pastinya akan susah hati dan kalau boleh nak jaga anak serta tak sampai hati nak tinggalkan mereka walaupun sekejap.
Macam manapun, ibu bapa dari China ni pelik sikit perangainya. Menurut portal 9GAG bersumberkan Weibo, ketika Coronavirus sedang hebat tular di negara tersebut, dua kanak-kanak ni ditahan di Nanjing Lukou International Airport kerana sedang demam.
Staf tak bagi anak-anak naik kapal terbang, tapi ibu bapa…
Dua kanak-kanak tu katanya ada menunjukkan simptom-simptom Coronavirus atau virus Wuhan sehingga menyebabkan staf airport menghalang mereka sekeluarga dari menaiki kapal terbang.
Disebabkan situasi itu, ibu bapa budak-budak ni kemudian bertelagah dengan staf nak naik juga pesawat dan beri alasan yang kedua-dua anaknya tak demand pun nak naik kapal terbang.

Jadi, nak tak nak ibu bapa tu kenalah tinggalkan anak mereka yang sedang sakit di airport dan naik kapal terbang tanpa rasa bersalah. Sama ada polis mahupun staf airport, tak ada sesiapa pun boleh halang ibu bapa tersebut.
Menurut 9GAG, budak-budak tu kini dijaga oleh staf airport.
Disebabkan situasi tersebut, ibu bapa ‘tak masuk akal’ ni dah menyebabkan pesawat delay selama 3 jam kerana pihak berkuasa block pintu masuk ke pesawat.

“MADE IN CHINA punya parents”
Rata-rata netizen bash habis-habisanlah parents yang berperangai demikian kerana tergamak tinggalkan anak mereka macam tu je. Kalau betul-betul sayang anak, tak sanggup kita tinggal anak kita yang sakit kat airport kan?